Shaari, Azemi (1999) Kajian Tinjauan Program Maju Diri (PMD): Hubungan Antara Faktor Jantina Dan Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR 1998) Terhadap Pencapaian Motnasi Dikalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak, Gombak Selangor Darul Ehsan. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
|
PDF
3560Kb |
Abstract
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan dan pencapaian motivasi dengan menggunakan modul Program Maju Diri (PMD) yang telah dibentuk oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Sasaran kajian, adalah dikalangan semua pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak, Gombak, Selangor. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah 'true experimental' menggunakan rekabentuk pra ujian dan pasca ujian. Subjek kajian terdiri daripada dua ratus tiga (203) orang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak yang telah mengikuti Program Maju Diri pada bulan Januari 1999. Subjek kajian di uji sebelum mengikuti program PMD dan di uji kembali setelah mengikuti program PMD. Alat kajian yang digunakan ialah ukuran Pencapaian Mehrabian (UPM) yang telah di uji kesahan dan memperlihatkan kebolehpercayaannya. Data-data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan kaedah pemeratusan, ujian t dua hala dan ANOVA satu hala. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pra dan pasca skor ujian pada aspek pencapaian motivasi pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Seri Gombak pada aras keertian 0.5. Ini menunjukkan bahawa Modul Program Maju Diri (PMD) yang telah dikendalikan ke atas pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak mempunyai pengaruh kepada peningkatan pencapaian motivasi. Faktor extranus dan implikasi turut diperbincangkan.
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | Motivation in education - Case studies |
| Subject: | Academic achievement - Selangor - Gombak - Case studies |
| Subject: | Achievement motivation |
| Chairman Supervisor: | Mohamed Fadzil Che Din, PhD |
| Call Number: | FPP 1999 40 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9153 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 11 Jan 2011 02:26 |
| Last Modified: | 25 Jul 2011 08:02 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 11 Jan 2011 02:26.