Keberkesanan kaedah penyepaduan peta konsep dalam pengajaran kimia terhadap pencapaian pelajar matrikulasi

Talib, Othman (1999) Keberkesanan kaedah penyepaduan peta konsep dalam pengajaran kimia terhadap pencapaian pelajar matrikulasi. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1281Kb

Abstract

Tujuan kajian adalah untuk mengetahui keberkesanan kaedah penyepaduan peta konsep dalam pengajaran kimia. Strategi penggunaan peta konsep dalam kajian ini telah dibandingkan dengan strategi pengajaran secara konvensional (tradisional). Pelajar berpencapaian tinggi (N=62) dan pelajar berpencapaian rendah (N=62) yang mengambil kursus Kimia (MK 006) di peringkat matrikulasi Universiti Putra Malaysia telah dibahagikan secara rawak serah (random assigment) kepada dua kumpulan: (i) kumpulan eksperimen yang didedahkan kepada kaedah pengaj aran penyepaduan peta konsep dan; (ii) kumpulan kawalan yang didedahkan kepada kaedah pengajaran konvensional. Dengan ini setiap kumpulan masing-masing mengandungi 31 pelajar berpencapaian tinggi dan 31 pelajar berpencapaian rendah. Semua pelajar kemudiannya mengikuti unit pengajaran yang mempunyai objektif yang sarna. Dalam kajian ini, pencapaian pelajar ditentukan dengan ujian pra, ujian pasca dan ujian pengekalan yang hampir menyamai. Kesemua ujian ini mengandungi soalan tahap rendah dan soalan tahap tinggi. Ujian pra dijalankan sebelum bermulanya unit pengajaran dan ujian pasca pula dijalankan di selepas tujuh jam unit pengajaran. Selepas empat minggu, ujian pengekalan pula dijalankan. Reka bentuk kajian yang digunakan berasaskan reka bentuk eksperimen ujian pra dan ujian pasca dengan kumpulan kawalan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Project method in teaching
Subject:Chemistry - Study and teaching (Higher) - Malaysia
Subject:Concentrated study
Chairman Supervisor:Associate Professor Kamariah Abu Dakar, PhD
Call Number:FPP 1999 28
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9142
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:10 Jan 2011 07:15
Last Modified:10 Jan 2011 07:16

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 10 Jan 2011 07:15.

View statistics for "Keberkesanan kaedah penyepaduan peta konsep dalam pengajaran kimia terhadap pencapaian pelajar matrikulasi"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.