Program Latihan Sukan: Amalan Jurulatih Tempatan

Ahmad, Ahsan (1999) Program Latihan Sukan: Amalan Jurulatih Tempatan. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1344Kb

Abstract

Jurulatih sukan memainkan peranan penting di dalam pembangunan dan melatih atlit dan pasukan untuk menyertai sesuatu pertandingan bagi memastikan atlit dan pasukannya dapat memperlihatkan persembahan yang terbaik dan seterusnya berusaha mencapai kejayaan di dalam sesuatu pertandingan. Di Malaysia pembangunan infrasturktur dan sokongan kerajaan terhadap pembangunan sukan adalah tinggi. Walau bagaimanapun belum dapat memberi saingan yang berkesan ke pada atlit-atlit di peringkat antarabangsa. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui model dan proses perencanaan program latihan yang diamalkan oleh jurulatih tempatan dalam menyediakan atlit dan pasukan mereka bagi menghadapi sesuatu kejohanan. Data kajian ini di perolehi daripada 97 orang jurulatih tempatan yang terlibat dalam merancang, melaksana dan menilai program latihan atlit dan pasukan yang menyertai kejohanan Sukan Malaysia Ke VI 1996 (SUKMA) di Pahang. Soal selidik telah diedarkan dan dikumpulkan melalui pos bagi mendapatkan maklumat amalan dan persepsi kepentingan responden berkaitan dengan perencanaan program latihan sukan. Penemuan kajian menunjukkan bahawa komponan-komponan model umum perencanaan program latihan sumber manusia boleh digunapakai dalam perencanaan program latihan sukan. Walaubagaimanapun dari segi susunatur komponan-komponan perencanaan program latihan sukan berbeza dengan susunatur perencanaan program latihan sumber manusia. Satu model umum perencanaan program latihan sukan yang menekankan kepada komponan isi kandungan kemahiran yang periu dikuasai dan kemudian diikuti oleh komponan lain, dapat dibentuk. Ini mungkin disebabkan dalam sukan teknik dan kemahiran yang diperlukan bagi sesuatu sukan telah ditetapkan dan jurulatih perlu memastikan atlit menguasai dan mencapai piawai ini. Ini berbeza dengan model umum perencanaan program latihan sumber manusia yang berasaskan kepada pengenalpastian keperluan latihan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Physical education and training - Malaysia.
Chairman Supervisor:Associate Professor Saidin Teh, PhD
Call Number:FPP 1999 7
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9113
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:06 Jan 2011 07:50
Last Modified:05 Jun 2012 08:57

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 06 Jan 2011 07:50.

View statistics for "Program Latihan Sukan: Amalan Jurulatih Tempatan"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.