Keyword Search:

Keperluan Latihan bagi Staf di Jabatan Muzium dan Antikuiti dan Muzium-Muzium Negeri Terpilih di Malaysia

Ismail, Ibrahim (1998) Keperluan Latihan bagi Staf di Jabatan Muzium dan Antikuiti dan Muzium-Muzium Negeri Terpilih di Malaysia. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1866Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keperluan latihan bagi staf di Jabatan Muzium Dan Antikuiti dan muzium-muzium negeri terpilih di Malaysia. Objektif khusus kajian ini ialah untuk mengenalpasti bidang latihan yang diperlukan bagi empat kategori jawatan iaitu Kurator, Penolong Kurator, Pembantu Muzium dan Pembantu Am Rendah. Di samping itu ia juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan tahap kemahiran terhadap bidang tugas utama serta mengenalpasti sumber yang ada dan sumber yang diperlukan untuk latihan bagi staf muzium di masa hadapan.Seramai 268 responden telah dijadikan sampel dalam kajian ini dan seramai 109 responden yang terdiri daripada 18 orang Kurator dan Penolong Kurator, 41 orang Pembantu Muzium dan 50 orang Pembantu Am Rendah telah memulangkan borang 5081 selidik. Data dianalisis dengan menggunakan program "Statistical Package For The Social Sciences 1& (SPSS) dan dibentangkan dalam bentuk kekerapan, min dan peratusan. Hasil kajian ini menunjukkan Kurator, Penolong Kurator, Pembantu Muzium dan Pembantu Am Rendah mempunyai tahap pengetahuan dan tahap kemahiran yang sederhana terhadap bidang tugas utama mereka. Dengan demikian, latihan-latihan berkaitan telah dikenalpasti untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Museums - Malaysia - Employees - Training of
Subject:Employees - Training of - Malaysia
Chairman Supervisor:Dr. Shamsuddin Ahmad
Call Number:FPP 1998 88
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9092
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:06 Jan 2011 03:05
Last Modified:27 Jul 2011 08:22

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 06 Jan 2011 03:05.

View statistics for "Keperluan Latihan bagi Staf di Jabatan Muzium dan Antikuiti dan Muzium-Muzium Negeri Terpilih di Malaysia"

 
 
 
 

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is powered by EPrints 3 which is developed by the School of Electronics and Computer Science at the University of Southampton. More information and software credits.
Universiti Putra Malaysia Institutional Repository supports OAI 2.0 with a base URL of http://psasir.upm.edu.my/cgi/oai2
Best viewed using IE version 7.0 (and above) Mozilla Firefox version 3 (and above) with the resolution of 1024 x 768.