Marzuki, Mohamad Abu Bakar (1998) Disiplin Organisasi Pembelajaran dalam Organisasi Sektor Awam Negeri Sarawak di Kawasan Kuching dan Perkaitannya dengan Iklim Organisasi. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1058Kb |
Abstract
Kaj ian ini mengkaji tahap pengamalan disiplin Organisasi Pembelajaran di kalangan pekerja sektor awam negeri Sarawak di Kuching dan perkaitannya dengan iklim organisasi yang berlaku. Ia ditinjau berdasarkan persepsi yang dibuat oleh seramai 225 orang responden yang dijadikan sebagai sampel kajian. Mereka terdiri daripada pekerja-pekerja Kumpulan Professional/Pengurusan dan Sokongan yang bertugas dalam organisasi-organisasi yang berkenaan. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soalselidik yang ditadbir sendiri oleh pengkaji. Analisis yang dilakukan ke atas data yang dikumpul dibuat dengan menggunakan beberapa kaedah statistik iaitu min, peratusan, kekerapan, sisihan piawai, analisis korelasi dan ujian 1. Hasil analisis yang dibuat, kajian ini mendapati bahawa tahap pengarnalan disiplin Organisasi Pembelajaran dalam organisasi sektor awam negeri Sarawak masih lagi berada pada tahap yang sederhana. Kajian ke atas iklim organisasi juga menunjukkan bahawa ia berada pada tahap yang sederhana. Manakala analisis korelasi yang dilakukan menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara kedua-duanya. Dalam ujian t yang dilakukan pula, kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan dari segi persepsi antara responden berdasarkan jantina, kumpulan perkhidmatan dan jenis organisasi tempat berkhidmat.
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | Employees - Training of - Sarawak |
| Subject: | Continuing education - Sarawak |
| Subject: | Personnel management - Case studies |
| Chairman Supervisor: | Dr. Bahaman Abu Samah |
| Call Number: | FPP 1998 87 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9090 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 06 Jan 2011 11:02 |
| Last Modified: | 27 Jul 2011 16:21 |
Repository Staff Only: item control page