Abd. Rahman, Abdullah (1998) Pelaksanaan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni di Tiga Agensi Induk Jabatan Perdana Menteri. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 800Kb |
Abstract
Tujuan utama kajian ialah untuk mengetahui serta mengenalpasti sejauhmana Pelaksanaan Dasar Penerapan Nilai-nilai Murni dalam pentadbiran di jabatan-jabatan kerajaan. Kajian ini dijalankan di tiga agensi induk jabatan Perdana Menteri. Objektif khusus kajian ialah untuk mengetahui kefahaman pegawai-pegawai kerajaan mengenai dasar tersebut, kepentingan nilai-nilai murni dalam pentadbiran kerajaan, mengetahui langkah-langkah pelaksanaan yang telah diambil oleh jabatan kerajaan terhadap dasar tersebut, mengetahui amalan dasar tersebut dan mengenalpasti masalah-masalah serta halangan utamanya. Data dalam kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan borang soal-selidik yang diisi sendiri oleh 46 orang responden yang bertugas di tiga agensi induk Jabatan Perdana Menteri iaitu di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP), Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (UPTM).
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | Malaysia - Officials and employees |
| Subject: | Goal setting in personnel management - Malaysia |
| Subject: | Civil service - Malaysia - Personnel management |
| Chairman Supervisor: | Puan Hajjah Rusinah Bt. Joned |
| Call Number: | FPP 1998 74 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9070 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 05 Jan 2011 11:02 |
| Last Modified: | 27 Jul 2011 15:36 |
Repository Staff Only: item control page