UPM Institutional Repository

Pelantikan Naib Canselor UPM


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Pelantikan Naib Canselor UPM. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 31 Disember – YBhg. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, 50, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi dan juga Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi, telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2013. Beliau yang berpengalaman dalam bidang akademik selama 24 tahun menggantikan Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah yang tamat tempoh pelantikannya sebagai Naib Canselor pada 31 Disember 2010. YBhg. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengajian tinggi dan pernah menjadi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hubungan Antarabangsa) UPM dari 2005 hingga 2006. Pada 1999 sehingga 2004, beliau menjawat jawatan Dekan Fakulti Kejuruteraan, UPM. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan keselamatan jalan raya. Beliau mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Keselamatan Trafik dari Birmingham University, United Kingdom pada 1996, Ijazah Sarjana Kejuruteraan dalam bidang Pengangkutan dan Kejuruteraan Trafik (Sheffield) pada 1985 serta Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam bidang Sivil dan Kejuruteraan Struktur (Sheffield) pada 1984. Dalam bidang penyelidikan, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi telah mengetuai 14 projek penyelidikan dan lebih 100 penerbitan dalam jurnal berimpak faktor tinggi selain mendapat 22 anugerah dan pengiktirafan dalam negara dan antarabangsa. Beliau yang pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya (MIROS), pernah menerima anugerah The Prince Michael International Road Safety Award (U.K) pada tahun 2005 yang mengiktiraf sumbangan dan inovasi penerima dalam kemajuan keselamatan jalan raya. Ahli Pengurusan UPM menyifatkan pelantikan beliau sebagai Naib Canselor UPM yang baharu akan menjadikan UPM terus berdaya saing selaras dengan visi UPM untuk menempatkan kedudukannya sebagai universiti bereputasi antarabangsa. Selain itu, pengalaman YBhg. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi juga mampu menyepadukan visi dan misi UPM dengan projek agenda kritikal Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi dan Model Baru Ekonomi (MBE) negara dalam menentukan matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dan Pelan Strategik 2011-2013 UPM.


Download File

[img]
Preview
PDF
Naib_Canselor_UPM.pdf

Download (47kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 03 Jan 2011 05:16
Last Modified: 27 May 2013 07:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9031
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item