UPM Institutional Repository

"Morale" Guru-Guru Sekolah Rendah


Citation

Loo, Chin Cheang (1998) "Morale" Guru-Guru Sekolah Rendah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap "morale" guru-guru sekolah rendah. Secara lebih terperinci kajian ini bertujuan untuk menentukan (1 ) tahap "morale" guru-guru sekolah rendah secara keseluruhan. (2) perbezaan "morale" guru-guru sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah kebangsaan. (3) perhubungan tiga faktor dimensi "morale" iaitu; cabaran peribadi, kebanggaan kohesif dan sinergi kepemimpinan dengan jantina, umur, pendapatan, keputusan Penilaian Prestasi dan Pergerakan Gaji Sistem Saraan Baru (PPG SSB). pengalaman mengajar, saiz sekolah, lokasi sekolah dan jenis sekolah, (4) perbezaan "morale" guru-guru sekolah rendah mengikut perbezaan jantina, umur, pendapatan, keputusan penilaian pergerakan gaji dan pencapaian SSB, pengalaman mengajar, saiz sekolah dan lokasi sekolah. dan (5) menentukan faktor yang boleh meramal tahap "morale" guru-guru di sekolah rendah. Penyelidik telah menjalankan kajian dengan menggunakan soal selidik 'Staff Morale Questionnaires' (SMQ) yang terdiri daripada tiga puluh satu item soalan. Proses pengumpulan data adalah secara pos. Bilangan g uru yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 500 orang guru dari semua 32 buah sekolah rendah di daerah Sepang. Jumlah guru yang terlibat mengikut perkiraan saiz sampel dalam kajian sebenar adalah 251 orang dari 15 buah sekolah. Jumlah guru yang telah memberi jawapan adalah 204 orang sahaja. Kesemua soal selidik yang terkumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS Release 6.0.1. Kesimpulan bagi kajian ini ialah (1 ) secara keseluruhannya "morale" guru-guru sekolah rendah di daerah Sepang adalah tinggi, (2) Terdapat perbezaan tahap n morale" yang ketara antara kumpulan guru yang mengajar di sekolah SJK (Cina) dengan kumpulan guru yang mengajar di sekolah SJK (Tamil). Sekolah Kebangsaan Tamil merupakan sekolah yang mempunyai tahap "morale" guru yang paling tinggi.(3) terdapat hubungan korelasi yang teguh di antara faktor dimensi "morale" cabaran peribadi dan sinergi kepemimpinan dengan pembolehubah keputusan PPG SSB, (4) terdapat perbezaan tahap "morale" antara kumpulan guru yang mendapat keputusan PPG SSB yang berbeza dan kumpulan guru yang mengajar di jenis sekolah yang berbeza, dan (5) pembolehubah PPG SSB dan pembolehubah jenis sekolah merupakan peramal utama bagi tahap "morale" dalam kajian ini. Kajian ini telah memberi maklumat yang berguna mengenai tahap "morale" guru-guru sekolah rendah di daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_25_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teacher morale - Malaysia
Subject: Teachers - Job satisfaction - Malaysia
Call Number: FPP 1998 25
Chairman Supervisor: Foo Say Fooi, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 30 Dec 2010 10:51
Last Modified: 30 Dec 2010 10:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9010
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item