Projek Fakulti Perubatan Veterinar Juara KIK 2010

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Projek Fakulti Perubatan Veterinar Juara KIK 2010.

[img] PDF
88Kb

Official URL: http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=201012283621033301721654206

Abstract

SERDANG, 9 Dis – Produk penyelidikan Fakulti Perubatan Veterinar, Water Improver mengenai kandungan toksik (klorin) yang tinggi dalam air akuarium hingga menyebabkan kematian ikan berjaya memenangi Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2010 (KIK) peringkat Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini. Ketua pasukan penyelidik, Noorazira Ishak berkata produk yang dihasilkan itu mampu menghilangkan kandungan klorin dalam air paip dengan pantas dan menjimatkan. “Sebelum ini kita menghilangkan klorin dalam air paip menggunakan kaedah lama iaitu memasukan anti klorin dan selepas menunggu sehingga 30 minit barulah kita memasukkan anti amonia. Kaedah ini merumitkan dan terpaksa mengambil masa yang agak lama. “Dengan Water Improver kita hanya masukkan bahan ini dan kandungan klorin dalam kandungan air paip akan hilang dengan pantas. Paling penting bahan ini adalah selamat untuk akuakultur,” katanya. Kumpulan penyelidikan Veterinar itu turut dibantu oleh Dr. Mohd. Fuad Matori, Arifah Mohd. Riduan, Ismail Md. Shairi, Rosmaniar Mohd. Nor, Md. Nazim Razali, Saipunizam Ali, Jefri Norsidin, Mior Mohd Nizam, Narizam Sulaiman dan Fauziah Nordin. Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM1,550 beserta sijil penghargaan. Pembukaan konvensyen dirasmikan oleh Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Kualiti, Hashim Md. Shari dan hadiah telah disampai oleh Pendaftar UPM Dato’ Wan Azman Wan Omar. Naib johan dimenangi oleh kumpulan dari Taman Pertanian Universiti dengan projek Kesukaran Mengasingkan Biji Benih Jagung manakala tempat ketiga dimiliki pasukan dari Pejabat Pendaftar dengan projek Pegawai Menghadiri Latihan Tidak Releven Dengan Kemahiran Yang diperlukan. Masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,050 dan RM550 beserta sijil penghargaan. Semua pasukan yang menang layak mewakili UPM dalam Konvensyen KIK peringkat institut pengajian tinggi awam (IPTA) kali ke tujuh pada Mac 2011 yang akan diadakan di UPM selaku tuan rumah. Konvensyen yang disertai lapan penyertaan dari pelbagai jabatan dan Fakulti di UPM itu terbahagi kepada dua inovasi teknikal dan enam inovasi pengurusan dan merupakan acara tahunan anjuran Pejabat Pendaftar UPM untuk menggalakkan penciptaan inovasi baru dalam semua peringkat perkhidmatan.

Item Type:UPM News
ID Code:9001
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:28 Dec 2010 07:45
Last Modified:27 May 2013 07:40

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 28 Dec 2010 07:45.

View statistics for "Projek Fakulti Perubatan Veterinar Juara KIK 2010"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.