Keyword Search:

Masalah Pekerja Muda dan Persepsi Mereka Terhadap Program Latihan: Kajian Kes Program Kepimpinan Perdana Jati Diri Pekerja Muda

Bukari, Mohamad Johar (1998) Masalah Pekerja Muda dan Persepsi Mereka Terhadap Program Latihan: Kajian Kes Program Kepimpinan Perdana Jati Diri Pekerja Muda. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1221Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah pekerja muda dan persepsi mereka terhadap program latihan. Kajian ini menjurus kepada mengenalpasti masalah di tempat kerja dan keperluan latihan di tempat kerja serta meninjau persepsi responden terhadap program latihan. Responden kajian terdiri daripada peserta kursus jati diri pekerja muda yang mengikuti program anjuran Kementerian Belia dan Sukan, dengan kerjasama Excel Training and Consultancy (M) Sdn. Bhd. Seramai 130 orang responden telah terpilih dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada pekerja muda yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Sarawak, dan Selangor Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk kuantatif ianya mengutamakan keaslian data hasil dapatan daripada responden dengan menggunakan borang soal selidik. Analisis daripada kajian ini mendapati bahawa pekerja muda perlu diberikan peluang mengikuti pelbagai kursus bagi meningkatkan etos dan jati diri mereka, serta kursus kemahiran berhubung dengan tugas mereka di tempat kerja. Kajian ini mengenalpasti masalah utama pekerja muda di tempat kerja ialah masalah kepimpinan, pentadbiran dan pengurusan, membentuk kumpulan kerja yang teguh, penyelesaian masalah, teknik memotivasikan diri, komunikasi dan hubungan kemanusiaan, ketandusan ide yang kreatif dan inovatif. Oleh itu program latihan yang dibentuk khusus untuk golongan peketja muda hendaklah menjurus kepada menyelesaikan permasalahan ini. Adalah diharapkan setelah mengikuti kursus kemahiran ketja, pendapatan dan taraf ekonomi peketja muda juga dapat ditingkatkan. Kesemua responden mempunyai persepsi yang sangat positif kepada program latihan, terutamanya untuk memberi kesedaran dan membentuk sikap yang cemerlang dalam diri masing-masing. Keadaan ini menunjukkan petanda yang sangat baik dan selaras dengan hasrat Kementerian Belia dan Sukan untuk melatih seramai 100,000 orang peketja muda menjelang Tahun 2000 bagi menyediakan mereka menghadapi cabaran dalam alaf akan datang. Kajian lanjut perlu dijalankan bagi meneliti kesan latihan terhadap kualiti dan produktiviti peketja muda. Kajian ini diharap akan menyumbang kepada melahirkan generasi muda yang cemerlang dan berketrampilan bagi mencapai Wawasan Malaysia sebagai negara maju menjelang Tahun 2020.

Item Type:Project Report
Subject:Leadership - Malaysia
Subject:Employees - Training of - Malaysia
Chairman Supervisor:Dr. Bahaman Bin Abu Samah
Call Number:FPP 1998 16
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:8999
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:28 Dec 2010 15:32
Last Modified:25 Jul 2011 16:56

Repository Staff Only: Edit item detail