Kepuasan Kerja dan Kecenderungan Bertukar Kerja di Kalangan Pekerja-Pekerja Bawahan:Satu Kajian Kes di Firma Jepun

Mahbob, Maizatul Haizan (1998) Kepuasan Kerja dan Kecenderungan Bertukar Kerja di Kalangan Pekerja-Pekerja Bawahan:Satu Kajian Kes di Firma Jepun. Masters project report, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1423Kb

Abstract

Penyelidikan yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan kerja dan kecenderungan bertukar kerja di kalangan pekerja-pekerja bawahan di salah sebuah firma Jepun iaitu syarikat Matsushita Television Co.(M) Sdn. Bhd. Penyelidikan ini tuTut melihat perbezaan kedua-dua pembolehubah bergantung ini mengikut faktor gender dan kategori jawatan serta perkaitan di antara kepuasan kerja dengan kecenderungan bertukar kerja. Bagi mencapai objektif penyelidikan ini kaedah soalselidik dan komunikasi peribadi telah dijalankan. Soalselidik yang menggunakan alat ukur Indeks Kepuasan Kerja bagi mengukur kepuasan kerja para pekerja dan Indeks Kecenderungan Bertukar Kerja bagi mengukur kecenderungan bertukar kerja para pekerja telah dijalankan ke atas 100 orang responden yang terdiri daripada pekerja-pekerja berjawatan juruteknik, kerani dan operator pengeluaran yang dipilih secara persampelan rawak berstrata. Manakala kaedah temubual pula dijalankan ke atas pegawai dari organisasi yang dikaji serta individu yang berkaitan dengan kajian. Analisis keseluruhan sampel menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja di firma yang dikaji berada pada tahap sederhana tinggi sementara tahap kecenderungan bertukar kerja pula berada pada tahap sederhana rendah. Dari segi kepuasan kerja dan kecenderungan bertukar kerja mengikut gender, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pekerja lelaki dan pekerja wanita terhadap kedua-dua pembolehubah bergantung ini. Begitu juga dengan kepuasan kerja dan kecenderungan bertukar kerja mengikut kategori jawatan di mana hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pekerja yang berjawatan juruteknik, kerani dan operator pengeluaran. Seterusnya analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan negatif yang signifikan di antara kepuasan kerja dan kecenderungan bertukar kerja. lni menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap kepuasan kerja maka semakin rendah pula tahap kecenderungan bertukar kerja.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Occupational mobility - Malaysia
Subject:Job satisfaction
Subject:Corporation, Japanese - Malaysia - Employees
Chairman Supervisor:Associate Professor Dr. Hajjah Aminah Ahmad
Call Number:FPP 1998 14
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:8997
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:28 Dec 2010 07:06
Last Modified:25 Jul 2011 08:52

Repository Staff Only: Edit item detail


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.