Abdul Wahab, Abdul Murat (1997) Keberkesanan Khidmat Sokongan Pembelajaran dalam Program Pendidikan Jarak Jauh di UPM. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1395Kb |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan khidmat sokongan dalam pendidikan jarak jauh di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan melihat kepada penggunaan khidmat sokongan secara keseluruhan, perbezaan penggunaan di antara bidang-bidang yang dikaji dan juga hubungan angkubah terpilih dengan pencapaian akademik. Seramai 167 orang pelajar pendidikan jarak jauh yang sedang mengikuti program Bimbingan dan Kaunseling, TESL dan Pengajaran sebagai Bahasa Pertama dipilih sebagai sampel kajian melalui kaedah persampelan stratifikasi rawak mudah. Pengwnpulan data menggunakan soal selidik berstruktur yang ditabdir sendiri oleh responden dengan bantuan pengkaji. Data dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) for MS Window Release 6.0. Secara keseluruhan, penemuan kajian mendapati tahap hubungan di antara pelajar-pelajar dengan pensyarah dan tutor adalah agak tinggi. Begitu juga hubungan pelajar dengan keluarga dan rakan-rakan juga didapati agak tinggi. Walau bagaimanapun, didapati tahap penggunaan kemudahan perpustakaan dan pusat pelajar adalah rendah. Terdapat perbezaan tahap penggunaan khidmat sokongan di antara ketiga-tiga program. Didapati bahawa tahap penggunaan khidmat sokongan pembelajaran pelajar TESL adalah lebih rendah dibandingkan dengan pelajar program Bimbingan dan Kaunseling dan PBMP. Kajian ini juga mendapati bahawa hubungan rapat di antara pelajar dengan pensyarah mempunyai kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. Kajian ini menyimpulkan bahawa khidmat sokongan adalah penting dalam pembe1ajaran secara pendidikan jarak jauh. Hubungan di antara pelajar dengan pensyarah perIu dirancang supaya dapat memberi kesan yang lebih baik dalam pembelajaran melalui sistem ini. Dengan peningakatan kemudahan perpustakaandan pusat pelajar dapat membantu keberkesanan dalam pengajian pelajar. Akhir sekali kemudahan berkomunikasi dan kemudahan fizikal perlu dipertingkatkan lagi bagi meningkatkan keberkesanan pebelajaran melalui sistem ini.
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | University extension - Selangor - Case studies |
| Chairman Supervisor: | Profesor Madya Dr. Abu Daud Silong |
| Call Number: | FPP 1997 31 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 8977 |
| Deposited By: | Nurul Hayatie Hashim |
| Deposited On: | 28 Dec 2010 10:00 |
| Last Modified: | 25 Jul 2011 16:03 |
Repository Staff Only: item control page