Faktor Pendorong Pekerja Teknikal Memasuki Profesion Perguruan

Ibrahim, Sabariah (1997) Faktor Pendorong Pekerja Teknikal Memasuki Profesion Perguruan. Masters project report, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
3215Kb

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi pendorong pekerja teknikal memasuki profesion perguruan dan sebab-sebab mereka meninggalkan jawatan lama mereka serta mengukur tahap kepuasan kerja lama mereka. Alat yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang dibentuk oleh penyelidik dan Job Descriptive Index (JDI) oleh Smith, Kendall dan Hulin (1969) yang telah diterjemahkan oleh Ariffin (1981). Jumlah responden yang digunakan adalah seramai 69 orang (641elaki dan 5 wanita) yang terdiri dari guru pelatih Program Asas Perguruan Teknologi Kejuruteraan di Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur. Semua responden mempunyai pengalaman bekerja di bidang teknikal sebelum memasuki kursus perguruan. Data dianalis dengan menggunakan analisis diskriptif: kekerapan, peratus dan urutan keutamaan. Hasil kajian mendapati di antara tiga faktor pendorong, faktor kerja itu sendiri (24.3%) dan faktor ganjaran (23.1%) menjadi dua faktor yang utama mereka memasuki profesion perguruan. Ini diikuti oleh faktor dorongan(15.2%). Bagi tahap kepuasan kerja lama responden, didapati ia berada di peringkat sederhana (66.1%) dan rendah (10.7%). Dimensi penyelia dan penyeliaan dan dimensi rakan sekerja menjadi punca utama kepuasan kerja berada pada tahap sederhana sementara dimensi kerja itu sendiri dan dimensi peluang kenaikan pangkat menjadi punca utama kepuasan kerja yang rendah. Manakala bagi kategori-kategori faktor penolak apabila disusun mengikut urutan keutamaan, jadual kerja yang padat dan tidak menentu dinyatakan sebagai faktor pertama (urutan pertama). Ini diikuti oleh faktor tekanan kerja yang berat dan membebankan (kedua), tidak banyak peluang memajukan diri (ketiga), tiada interaksi sosial(keempat), desakankeluarga (kelima), gaji dan imbuhan yang tidak setimpal dengan beban tugas (keenam) serta faktor jawatan tidak sesuai sarna ada dengan bakat, minat atau kebolehan (ketujuh). Walaupun kajian ini merupakan satu tinjauan sahaja tetapi hasil yang diperolehi dirasakan dapat memberi sedikit panduan dalam membantu pihak tertentu menarik lebih ramai pekerja teknikal memasuki profesion perguruan agar dapat kita mengeluarkan bakal-bakal guru jurusan teknikal yang lebih berpengalaman, berketrampilan dan lebih dedikasi.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Teaching - Malaysia - Case studies
Chairman Supervisor:Dr. Zakaria bin Kasa
Call Number:FPP 1997 6
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:8956
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:27 Dec 2010 01:41
Last Modified:25 Jul 2011 07:44

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 27 Dec 2010 01:41.

View statistics for "Faktor Pendorong Pekerja Teknikal Memasuki Profesion Perguruan"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.