Keyword Search:

UPM Juara Pesta Hoki Antarabangsa USM 2010

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM Juara Pesta Hoki Antarabangsa USM 2010.

[img] PDF
57Kb

Official URL: http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=2010...

Abstract

SERDANG, 16 Disember – Penampilan sulung dalam kategori terbuka Liga Perdana Pesta Hoki Antarabangsa USM nyata membawa tuah kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila berjaya merangkul juara setelah berjaya menundukkan News Straits Time Press (NSTP) 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki USM. Pada babak pertama perlawanan NSTP terlebih dahulu menggegarkan kubu UPM menerusi jaringan minit ke 20 yang disudahkan dengan baik oleh P. Prabakaran di hadapan lebih 1000 penonton. Kedudukan terikat 1-0 sehingga separuh masa pertama berakhir, bagaimanapun UPM bangkit menyamakan kedudukan sebaik permainan bersambung pada babak kedua menerusi jaringan penyerangnya Mohd. Razali Zulkifli pada minit ke 54. Serangan bertali arus UPM membuahkan hasil apabila Azreen Rizal Mohd. Nasir berjaya menghadiahkan satu gol berharga buat UPM pada minit ke 57 seterusnya melayakkan skuad itu membawa pulang Piala Pusingan Sultan Azlan Shah beserta wang tunai RM2,000. Penyerang UPM Mohd. Razali turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir yang disampaikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Bagi kategori Hoki Lelaki dan Wanita, UPM yang menghantar dua pasukan bagi setiap kategori menyaksikan pertembungan sesama sendiri pada perlawanan akhir bagi kedua-dua kategori. Bagi kategori lelaki, UPM B dinobat juara apabila membelasah UPM dengan jaringan 3-1 manakala bagi kategori wanita, UPM berjaya menghampakan UPM B dengan jaringan 3-2. Pengurus Pasukan dan Jurulatih Hoki UPM, Wan Zaharuddin Wan Abdullah berkata kejayaan yang cukup cemerlang telah dibuktikan oleh anak-anak buahnya dalam usaha menaikkan nama dan imej UPM dalam pembangunan sukan negara. “Selain kesungguhan yang ditunjukkan pemain, kejayaan ini adalah hasil sokongan pihak pengurusan UPM yang telah bermurah hati memberi peruntukan pembinaan padang hoki mini turf yang sekarang ini digunakan sebagai tempat latihan pasukan. “Semoga dengan kejayaan yang dikecapi ini dapat merangsang pihak universiti untuk menyediakan lebih banyak kemudahan termasuk satu stadium hoki astroturf yang bertaraf antarabangsa untuk kegunaan pelajar dan penganjuran sebarang kejohanan di peringkat IPT,” katanya.

Item Type:UPM News
ID Code:8946
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:24 Dec 2010 04:29
Last Modified:27 May 2013 07:40

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 24 Dec 2010 04:29.

View statistics for "UPM Juara Pesta Hoki Antarabangsa USM 2010"

 
 
 
 

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is powered by EPrints 3 which is developed by the School of Electronics and Computer Science at the University of Southampton. More information and software credits.
Universiti Putra Malaysia Institutional Repository supports OAI 2.0 with a base URL of http://psasir.upm.edu.my/cgi/oai2
Best viewed using IE version 7.0 (and above) Mozilla Firefox version 3 (and above) with the resolution of 1024 x 768.