Keyword Search:

Pengaruh Bahasa Ibunda dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Murid-Murid India

J. N. J. Money, Suthanthiradevi (1996) Pengaruh Bahasa Ibunda dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Murid-Murid India. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
2268Kb

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan meneliti pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran bahasa Melayu murid-murid India di Pekan Buntung, Perak Darul Ridzuan. Kajian ditadbir ke atas sejumlah 180 murid tahun enam di SRJK(T) Sg. Pari dan SRJK(T) Methodist, Buntung, Perak Darul Ridzuan. Kajian ini menggunakan karangan murid-murid yang ditulis dalam situasi pembelajaran formal, pertuturan bahasa Melayu di dalam kelas dan jawapan-jawapan kepada soal selidik yang diberi di penghujung sesi kajian. Dapatan tentang analisis kandungan ke atas karangan murid yang dihasilkan dalam proses pembelajaran secara formal menunjukkan bahawa proses penggantian fonem vokal bahasa Melayu dalam aspek leksikal paling banyak dipengaruhi oleh bahasa ibunda. Dalam aspek ayat, pengaruh tersebut diwakili oleh binaan ayat penyata. Pengaruh seperti pemindahan bahasa ibunda paling ketara dalam aspek kata dasar yang menerima pengaruh bunyi vokal dan konsonan bahasa Tamil. Selanjutnya, pemerhatian ke atas aspek pertuturan bahasa Melayu murid-murid membuktikan bahasa memanjangkan bunyi vokal dalam kata pinjaman kerap terdapat pada kata dasar. Di samping itu fenomenon percampuran kod bahasa Melayu-Tamil terutama yang terdiri daripada jenis Ayat Penyata turut dikesan. Dalam proses pembelajaran secara tidak formal tinjauan telah dilakukan berdasarkan soal selidik. Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa unsur ekstralinguistik bahasa ibunda yang paling dominan ialah sikap terhadap bahasa ibunda. Dengan kata lain, sikap terhadap bahasa ibunda sangat kukuh di kalangan pengguna menganggap bahasa ibunda perlu digunakan selalu.

["eprint_fieldname_type" not defined]:Thesis (Masters)
Subject:Malay language - Study and teaching - Case studies
Chairman Supervisor:Professor Abdul Hamid Mahmood, PhD
Call Number:FPP 1996 7
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:8943
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:24 ["lib/utils:month_short_12" not defined] 2010 04:21
["eprint_fieldname_lastmod" not defined]:08 ["lib/utils:month_short_09" not defined] 2011 08:48

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 24 ["lib/utils:month_short_12" not defined] 2010 04:21.

View statistics for "Pengaruh Bahasa Ibunda dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Murid-Murid India"