Lee, Chong Nim (1991) Kepimpinan Instruksi dan Pencerapan Pengajaran di Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 2184Kb |
Abstract
Kepimpinan instruksi merupakan unsur teras kepimpinan pendidikan. Walaupun tanggungjawab utama guru ialah untuk menyampaikan pelajaran kepada murid, guru besar dan pengetua adalah bertanggungjawab tentang mutu program instruksi pada amnya dan keberkesanan pelaksanaan program Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) khasnya. Bagaimanapun, kajian mengenai kepimpinan instruksi guru besar dan pengetua masih kurang diusahakan di negara ini. Kajian ini merupakan satu kajian penerokaan bertujuan untuk melihat persepsi guru-guru sekolah rendah dan menengah terhadap kekerapan fungsi-fungsi kepimpinan instruksi yang dilakukan oleh guru besar dan pengetua mereka. Tinjauan juga dilakukan untuk melihat persepsi guru-guru mengenai pencerapan ke ata s pengajaran guru dalam bilik darjah. Selain daripada itu, kajian ini menyelidiki tahap kepuasan guru terhadap kepimpinan instruksi guru besar dan pengetua mereka. Sejumlah 401 orang guru dari 30 sekolah rendah dan 8 sekolah menengah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak kelompok berlapis daripada 69 buah sekolah yang mempunyai lebih daripada 1900 orang guru dalam Daerah Hulu Langat di negeri Selangor Darul Ehsan. Setiap subjek dalam sampel diminta mengisi satu soal selidik yang ditadbir oleh pengkaji sendiri. Alat kajian tersebut dipadankan dari "The Principal Management Rating Scale" oleh Hallinger (1987)•
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | School management and organization |
| Subject: | School supervision - Malaysia |
| Chairman Supervisor: | Professor Madya Dr. Nazaruddin bin Hj. Mohd Jali |
| Call Number: | FPP 1991 2 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 8863 |
| Deposited By: | Nurul Hayatie Hashim |
| Deposited On: | 23 Dec 2010 13:02 |
| Last Modified: | 12 Sep 2011 14:46 |
Repository Staff Only: item control page