Pengajaran Kesusasteraan Melayu: Satu Kajian Mengenai Permasalahannya di Peringkat Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan

Salleh, Ibrahim (1985) Pengajaran Kesusasteraan Melayu: Satu Kajian Mengenai Permasalahannya di Peringkat Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1820Kb

Abstract

Objektif kajian ini ialah untuk melihat permasalahan dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan. Sebanyak 22 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Sembilan dan sebanyak 108 orang guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu di sekolah-sekolah itu terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan kerana masalah pengajaran Kesusasteraan Melayu, terutama dari segi objektif pengajaran, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran, pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan serta sikap guru masih lagi wujud walaupun mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah lama diperkenalkan. Data-data telah dikumpulkan menerusi soal selidik, temuduga berstruktur dan pemerhatian. Data-data tersebut telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil yang didapati ialah guru-guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan itu tidak jelas mengenai objektif pengajaran Kesusasteraan Melayu yang sebenarnya. Mereka juga tidak jelas mengenai makna istilah pendekatan, kaedah dan teknik serta tidak dapat membezakan istilah-istilah tersebut. Guruguru Kesus asteraan Melayu juga didapati mengabaikan aspek pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan. Bahan-bahan yang dipilih dan digunakan itu adalah terdiri daripada bahan-bahan yang mudah dipero lehi dan tidak terjamin kebolehpercayaannya seperti buku-buku ulasan teks dan siri buku panduan lulus peperiksaan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Malay literature - Study and teaching (Secondary)
Chairman Supervisor:Professor Madya Abdul Hamid Mahmood
Call Number:FPP 1985 1
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:8843
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:21 Dec 2010 04:43
Last Modified:12 Sep 2011 00:52

Repository Staff Only: item control page


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.