Yusop, Mohd Sharifudin (2007) Obsolesensi Bahasa Melayu Proto: Masa Depan Dialek Suku Kanaq. In: Kongres Linguistik Nasional, Surakarta, 3-6 September 2007.
Full text not available from this repository.
Abstract
Statistik menunjukkan bahawa dialek-dialek Melayu Proto khususnya dan dialek Orang Asli Semenanjung Malaysia amnya sedang memasuki gerbang obsolesensi. Paling teruk terancam ialah dialek Suku Kanaq yang secara relatifnya amat kecil bilangan mereka, iaitu sekitar 86 orang sahaja. Justeru tidak ditemui lagi keturunan mereka di tanah asal nenek moyang mereka, iaitu Kepulauan Riau-Lingga, ternyata dengan bilangan sekecil itu, masa depan dialek Kanaq turut memasuki era obsolesensi. Keadaan menjadi lebih gawat kerana ancaman demi ancaman mendatang; gejala pertembungan, pergeseran, penganjakan, pengusangan dan penazakan, menjadikan dialek Kanaq semakin tergugat dan menuju ke arah kepupusan. Hasil kajian menunjukkan sumber serumpun BM itu semakin lenyap ditelan arus modenisasi dan globalisasi. Kajian yang dilakukan secara etnografi mendapati bahawa dialek Kanaq sudah semakin didominasi bahasa Melayu standard (BMS) dan para penutur jatinya terutama dalam kalangan generasi muda, sudah berganjak ke BMS.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Subject: | Malay language |
| Subject: | Kanaq (Malaysian people) |
| Faculty or Institute: | Faculty of Modern Language and Communication |
| ID Code: | 8841 |
| Deposited By: | Erni Suraya Abdul Aziz |
| Deposited On: | 21 Dec 2010 13:00 |
| Last Modified: | 21 Dec 2010 13:02 |
Repository Staff Only: item control page