Simple Search:

Pengaruh Kecerdasan Emosi (EQ) dan Amalan Keibubapaan Ibu Terhadap EQ Remaja


Citation

Teh, Fui Khim (2001) Pengaruh Kecerdasan Emosi (EQ) dan Amalan Keibubapaan Ibu Terhadap EQ Remaja. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan mengenalpasti perkaitan dan sumbangan kecerdasan emosi (EQ) ibu, perapatan ibu-remaja dan caragaya keibubapaan ibu terhadap kecerdasan emosi (EQ) remaja. Kajian ini telah juga menentukan perkaitan di antara faktor latar belakang ibu dan remaja dengan EQ remaja. Sampel kajian terdiri daripada 305 pasangan ibu-anak berbilang kaum daripada tujuh buah sekolah menengah di sekitar daerah Seremban. Sampel tetah terpilih secara rawak berlapis dan maklumat dikumpul melalui borang soal selidik. EQ remaja dan ibu telah diukur dengan menggunakan Emotional Intelligence Scale (Shutte et. al., 1998). Adolescence Attachment Questionnaire (West et. al. 1998) telah digunakan untuk mengukur perapatan ibu-remaja, manakala caragaya keibubapaan diukur dengan menggunakan Parental Authority Questionnaire (Buri, 1994). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statiscal Package for the Social Science (SPSS). Ujian Korelasi Pearson, ANOVA Sehala dengan Pos Hoc Scheffe dan Regresi 8erganda 'stepwise' telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian.


Download File

[img] PDF
FEM_2001_1_A.pdf

Download (882kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Emotional intelligence
Call Number: FEM 2001 1
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Rozumah Baharudin
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 17 Dec 2010 10:59
Last Modified: 17 Dec 2010 11:01
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8770
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item