UPM Institutional Repository

Pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an


Citation

Low, Yong San (2000) Pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perubahan pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an. Ia juga bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan matlamat perjuangan politik Cina serta pendekatan-pendekatannya dalam memperjuangkan matlamat tersebut. Dengan menggunakan gabungan pendekatan politik dan sejarah, analisis dibuat ke atas peristiwa-peristiwa penting yang memberi kesan ke atas perkembangan politik Cina sebelum perang dunia kedua sehingga tahun 1990-an. Selain itu, keputusan pi1ihan raya umum 1990, 1995 dan 1999 juga dianalisis untuk memahami pola pengundian Cina dalam dekad 1990-an. Kajian ini dijalankan berdasarkan sumber sekunder yang diterbitkan dan juga data-data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya. Hasil kajian menunj ukkan bahawa pola politik Cina telah mengalami beberapa fasa perubahan dari tempoh sebelum perang sehingga akhir tahun 1990-an. Didapati bahawa sebelum dan semasa perang dunia kedua (1900-1945), pola politik Cina adalah bercirikan China-centred, di mana penyertaan politik mereka adalah menerusi parti-parti politik yang masih berpaksikan negara China. Selepas perang, pola politik Cina mula beralih kepada bentuk Malaya-centred di mana beberapa parti Cina telah ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan mereka di Malaya (1945-1957). Bagaimanapun, selepas Malaya mencapai kemerdekaan, iaitu sepanjang zaman pemerintahan Perikatan (1957-1970), pola politik Cina berubah pula kepada bentuk confrontation-dominated yang memperlihatkan kebangkitan parti-parti pembangkang Cina yang tidak berpuas hati dengan pre stasi MCA dalam kerajaan. lni dikuti dengan pola politik Cina yang dicirikan dengan cyclical swing sepanjang tempoh pelaksanaan DEB (1970-1990), iaitu sokongan masyarakat Cina silih berganti diberikan kepada kerajaan dan pembangkang yang disebabkan oleh ketidakmampuan parti politik Cina sama ada parti komponen kerajaan mahupun pembangkang memperjuangkan kepentingan mereka. Pada tahun 1990-an, pola politik Cina pula dicirikan dengan bentuk compromise-dominated yang memperlihatkan kerjasama diwujudkan antara semua parti Cina dengan parti-parti etnik lain terutamanya pada akhir tahun 1990-an. Perubahan pola tersebut berlaku kerana kaum Cina terpaksa tunduk kepada realiti politik Malaysia, iaitu dominasi dan ketuanan politik Melayu serta kegagalan pendekatan konfrontasi dalam memperjuangkan kepentingan mereka. Bagaimanapun, perubahan pola politik tersebut menunjukkan politik Cina lebih stabil dan dinamik berbanding dengan dekad-dekad lepas. lni adalah kerana politik kompromi Cina dapat memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan konflik dan ketegangan antara kaum. Sementara itu, pmbentukan sistem dua barisan (BN dan BA) membolehkan kaum Cina memainkan peranan yang lebih signifikan sebagai faktor penentu dalam pilihan raya. Hasil Kajian juga menunjukkan bahawa identifikasi parti tidak ketara dalam masyarakat Cina, sebaliknya faktor isu semasa lebih memainkan peranan dalam menentukan pilihan mereka dalam pilihan raya. Isu-isu terse but pula adalah berkait rapat dengan matlamat perjuangan mereka yang cenderung mengekalkan identiti keCinaan mereka seperti budaya, bahasa dan kepercayaan.


Download File

[img] Text
FEM_2000_11 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Chinese - Malaysia - Politics and government
Call Number: FEM 2000 11
Chairman Supervisor: Associate Professor Jayum A. Jawan, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 17 Dec 2010 02:39
Last Modified: 29 Jan 2024 06:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8769
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item