Reka Bentuk dan Implementasi Suatu Penghurai Bahasa Melayu Menggunakan Sistem Logik Selari

Ramli, Suzaimah (2002) Reka Bentuk dan Implementasi Suatu Penghurai Bahasa Melayu Menggunakan Sistem Logik Selari. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1208Kb

Abstract

Pemprosesan Bahasa Tabii (PBT) berkaitan dengan pemahaman bahasa tabii dengan tujuan memahami struktur ayat terse but contohnya bahasa Jnggeris atau bahasa Melayu. Matlamat utama PBT ialah mereka bentuk dan membina sebuah perisian yang boleh menganalisis, memahami dan menghasilkan bahasa tabii manusia. Aplikasi untuk sistem PBT meliputi penterjemahan mesin untuk teks bahasa manusia kepada yang lain, penghasilan teks bahasa manusia seperti fiksyen, manual, dan deskripsi umUffi. Ia juga bertindak sebagai antara muka dengan sistem pangkalan data dan sistem robotik bagi penggunaan bahasa manusia untuk arahan dan pertanyaan serta memahami teks bagi penyediaan ringkasan atau menghasilkan kesimpulan. Tugas yang paling mudah untuk sistem PBT ini ialah menghurai ayat bagi menentukan sintaks ayat tersebut. Tugas yang lebih sukar adalah untuk menentukan makna ayat terse but. Tugas yang paling sukar adalah untuk menganalisis konteks ayat bagi menentukan makna yang sebenar dan membandingkannya dengan teks yang lain. Oleh itu satu sistem diperlukan bagi membantu proses pemahaman ini. Sistem ini memerlukan masa pemprosesan perkomputeran yang tinggi untuk mengasingkan perkataan, menjana perwakilan bahasa formal dan memahamkan apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh sesuatu ayat yang diinput oIeh pengguna. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji konsep asas pemprosesan bahasa tabii untuk bahasa Melayu. Satu cara yang akan digunakan untuk perIaksanaan sistem PBT dalam kajian ini adalah dengan menghasilkan klausa-klausa Parlog berasaskan nahu BNF bahasa Melayu. Ayat input yang dimasukkan akan dihurai menggunakan teknik analisis sintaks dengan penghuraian atas-ke-bawah. Kaedah ini boleh menentukan struktur yang sah untuk ayat yang diinput oleh pengguna. Parlog ialah sejenis bahasa pengaturcaraan logik selari. Program Parlog terdiri daripada klausa Hom yang boleh dibaca secara deklaratif untuk ayat susunan logik pertama. Dua bentuk ayat input iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk bahasa Melayu digunakan untuk pengujian. Kedua-dua jenis ayat input tadi akan dihurai oleh sistem penghurai PBT bagi menentukan struktur yang sah untuk ayat tersebut. Kejayaan atau kegagalan penghuraian sesuatu ayat bergantung kepada definisi struktur yang dibentuk menerusi klausa Parlog dalam sistem penghurai. Sebagai kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa Parlog sesuai digunakan untuk membangunkan sebuah sistem PBT untuk bahasa Melayu.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Description logics
Subject:Parallel logic programming
Subject:Malay language
Chairman Supervisor:Associate Professor Dr. Md. Yazid Din Mohd. Saman, PhD
Call Number:FSKTM 2002 4
Faculty or Institute:Faculty of Computer Science and Information Technology
ID Code:8685
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:09 Dec 2010 04:49
Last Modified:17 Dec 2012 01:43

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 09 Dec 2010 04:49.

View statistics for "Reka Bentuk dan Implementasi Suatu Penghurai Bahasa Melayu Menggunakan Sistem Logik Selari"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.