UPM Institutional Repository

Kepuasan Kerja Dalam Perancangan Strategik Sistem Maklumat Di Malaysia


Citation

Mohd Nadzir, Maslinda (2001) Kepuasan Kerja Dalam Perancangan Strategik Sistem Maklumat Di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Perancangan strategik sistem maklumat (SISP) telah menjadi bertambah penting bagi organisasi disebabkan oleh sumbangannya. SISP yang berkesan dapat membantu organisasi menggunakan sistem maklumat untuk melaksanakan strategi perniagaan, mencapai matlamat perniagaan dan kelebihan bersaing. Kepuasan perancang adalah merupakan salah satu ukuran kejayaan SISP. Kajian yang dijalankan ini adalah mengenai kepuasan ketja perancang yang terlibat dalam SISP. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kepuasan ketja dengan faktor latar belakang individu (pengalaman individu dalam SISP, pengetahuan dalam teknologi maklumat (IT) dan penglibatan dalam SISP) serta pengalaman organisasi dalam SISP. Selain itu, kajian turut mengenal pasti hubungan antara tahap kepuasan kerja dengan kualiti perancangan. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada responden yang dipilih dengan kaedah rawak berstratum. Data yang diperoleh dianalisa menggunakan program SPSS versi 7.5. Secara keseluruhannya, responden dalam kajian ini mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi. Namun begitu, faktor pengalaman individu dalam SISP dan pengalaman organisasi dalam SISP didapati tidak mempengaruhi tahap kepuasan kerja. Hanya tiga faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja iaitu faktor pengetahuan dalam IT, penglibatan dalam SISP dan kualiti perancangan. Akhirnya, satu model kepuasan kerja dan prototaip sistem kepuasan telah dihasilkan dari kajian ini.


Download File

[img]
Preview
Text
FSKTM 2001 5UPM.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Strategic planning - Job satisfaction - Malaysia
Call Number: FSKTM 2001 5
Chairman Supervisor: Associate Professor Mohd Hasan Selamat
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 09 Dec 2010 02:12
Last Modified: 16 Oct 2019 03:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8666
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item