Simple Search:

Garis Panduan Reka Bentuk Untuk Meningkatkan Kebolehgunaan Tapak Web

Abdullah, Muhammad Ihsan Lim (2001) Garis Panduan Reka Bentuk Untuk Meningkatkan Kebolehgunaan Tapak Web. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
FSKTM_2001_2_A.pdf

Download (824kB)

Abstract / Synopsis

Dewasa ini, banyak tapak web mempunyai reka bentuk yang buruk. Ini merupakan masalah yang serius kerana ianya akan membuang masa pengguna, membantutkan penerokaan, menyumbangkan kepada kesesakan pada jaringan, dan menjejaskan fungsi web sebagai medium penyebaran maklumat. Maka antara muka grafik pengguna web yang lebih baik diperlukan. Kajian ini mencadangkan pendekatan mengimplimentasikan garis panduan untuk membaiki reka bentuk antara muka pengguna web. Garis panduan yang dicadangkan dibina daripada analisis dan rumusan daripada 14 garis panduan yang terdapat secara dalam talian di internet. Garis panduan ini diimplimentasikan untuk mereka bentuk semula satu pakej pembelajaran berasaskan web yang dipilih. Bagi melihat keberkesanan implementasi garis panduan ini, kedua-dua pakej telah diuji menggunakan kaedah penilaian heuristik dengan mengunakan khidmat 30 orang penilai. Keputusan penilaian heuristik menunjukkan bahawa pakej yang direka bentuk semula menggunakan garis panduan mempunyai kebolehgunaan yang lebih tinggi daripada pakej asal. Ini berdasarkan kepada saiz fail yang jauh lebih kecil, jumlah masalah kebolehgunaan yang kurang, dan nilai mata keseriusan masalah kebolehgunaannya lebih rendah berbanding dengan pakej asal. Keputusan ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi di mana analisis perbezaan dapatan kajian oleh pemecahan kumpulan penilai kepada dua kumpulan menunjukkan suatu keseragaman keputusan di mana penilai yang kurang pakar memberikan hasil penilaian heuristik yang lebih rendah daripada penilai yang mempunyai tahap kepakaran yang lebih tinggi. Tambahan pula terdapat persetujuan yang kuat di antara keseluruhan penilai terhadap tahap keseriusan masalah. Maka dapat disimpulkan bahawa garis panduan reka bentuk yang dibina boleh digunakan untuk membaiki reka bentuk antara muka pengguna web dan sekaligus meningkatkan kebolehgunaan tapak web.

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Web sites - Design.
Call Number: FSKTM 2001 2
Chairman Supervisor: Professor Madya Hj. Mohd. Hasan Selamat
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 09 Dec 2010 09:42
Last Modified: 26 Jun 2012 11:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8664

Actions (login required)

View Item View Item