Pengukuran Ketelusan Logam Emas dan Cecair Dengan Kaedah Resonans Plasmon Permukaan

Mokhtar, Rosmiza (1998) Pengukuran Ketelusan Logam Emas dan Cecair Dengan Kaedah Resonans Plasmon Permukaan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1673Kb

Abstract

Fenomena resonans plasmon permukaan telah banyak diaplikasikan sebagai sensor optik seperti sensor gas, sensor biologi, sensor kimia dan juga dalam pengukuran sifat-sifat optik bahan logam dan bahan dielektrik. Dalam projek ini, logam emas tulen (99.99%) dan logam aloi emas (750, 835 dan 916) disaput pada permukaan prisma 60° dalam bentuk saput tipis dengan menggunakan teknik pereikan dan teknik peruapan. Sampel eecair, emulsi dan serbuk yang digunakan sebagai bahan dielektrik, ditempatkan di dalam sel khas (isipadu=3.31 em³) dan diletakkan bersentuhan dengan saput tipis logam emas. Ujikaji dilakukan dengan mengukur keamatan keterpantulan optik dari sampel sebagai fungsi kepada sudut tuju untuk sempadan antaramuka logam dengan medium dielektrik. Ciri-ciri plasmon seperti sudut resonans, keterpantulan minimum dan keadaan resonans (ketajaman dan kelebaran plot) untuk sampel logam, cecair, emulsi dan serbuk dapat dicerap, berdasarkan kepada plot keterpantulan optik sebagai fungsi kepada sudut tuju. Dalam projek ini, penentuan nilai pemalar dielektrik, Er dan Ei untuk sampel-sampel logam, cecair, emulsi dan serbuk dilakukan dengan menggunakan kaedah penyesuaian data-data ujikaji dengan data-data teori (fitting). Dari hasil kajian, didapati logam emas sesuai digunakan sebagai medium aktif sensor optik menggunakan teknik pengukuran resonans plasmon permukaan. Pemalar optik, Er dan Ei untuk logam emas (99.99%) didapati tidak bergantung kepada ketebalan saput tipis logam emas, tetapi keterpantulan minimum di mana berlaku resonans plasmon permukaan didapati berubah dengan perubahan ketebalan pada julat antara 46. 17 nm dan 94.36 nm. Penggunaan teknik pensaputan yang berbeza (teknik percikan dan teknik peruapan) juga didapati mempengaruhi nilai keterpantulan minimum dan nilai pemalar optik, Er dan Ei. Apabila medium udara yang bersempadan dengan logam emas digantikan dengan medium cecair, emulsi atau serbuk, peranjakan sudut resonans, 8spp berlaku. Perkara yang sarna juga berlaku apabila peratusan kandungan etanol dalam air, kelengasan latex (%) dan peratusan air dalam larutan madu, diubah. Khusus untuk sampel latex, pengukuran resonans plasmon permukaan terhadap masa menunjukkan berlaku peranjakan sudut resonans, 8spp pada awal ujikaji, dan menjadi stabil selepas satu tempoh tertentu. Pengukuran resonans plasmon permukaan dalam ujikaji ini berjaya menunjukkan bahawa fenomena resonans plasmon permukaan boleh digunakan sebagai sensor optik dan boleh digunakan untuk menentukan pemalar optik logam, cecair, emulsi dan serbuk.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Surface plasmon resonance - Measurement
Subject:Transparent solids - Measurement
Chairman Supervisor:Professor Madya Dr. W. Mahmood b. Mat Yunus
Call Number:FSAS 1998 7
Faculty or Institute:Faculty of Environmental Studies
ID Code:8644
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:08 Dec 2010 02:54
Last Modified:09 May 2012 02:33

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 08 Dec 2010 02:54.

View statistics for "Pengukuran Ketelusan Logam Emas dan Cecair Dengan Kaedah Resonans Plasmon Permukaan"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.