Zulzalil, Hazura (1998) Menspesifikasi Metrik Reka Bentuk Dengan Menggunakan Nahu Atribut. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 950Kb |
Abstract
Pada awalnya, kajian dalam metrik perisian lebih tertumpu kepada menilai metrik daripada kod sumber. Walau bagaimanapun, metrik tersebut Cuma diperoleh pada fasa terakhir iaitu selepas fasa implementasi. Minat untuk mengekstrak metrik perisian telah berkembang kepada fasa yang lebih awal dalam pembangunan perisian yang digelar sebagai metrik reka bentuk. Kajian telah menunjukkan bahawa metrik reka bentuk jarang digunakan di dalam pengukuran 'projek yang sebenar'. Ini adalah kerana ketidakupayaan untuk mengekstrak metrik reka bentuk secara automatik pada awal projek. Salah satu cara untuk mengekstrak metrik reka bentuk telah diperkenalkan dengan menspesifikasi metrik reka bentuk yang terkenal seperti metrik graf panggilan dan metrik aliran maklumat melalui penggunaan nahu atribut. Nahu atribllt mempunyai kelebihan kerana ia adalah seperti nahu konteks bebas dan mampu menspesifikasi semantik statik bagi bahasa. Ini boleh di gunakan di dalam penspesifikasian penilaian metrik reka bentuk. Dokumen reka bentuk seperti carta struktur diwakilkan secara abstrak oleh bahasa penerangan reka bentuk yang mcngandungi tatatanda clan maklumat reka bentuk. Alat pengkompil UNIX, FLEX dan BISON, digunakan di dalam melaksanakan penilaian dan pungutan metrik reka bentuk.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Metric system - Case studies |
| Chairman Supervisor: | Dr. Abdul Azim Abd Ghani |
| Call Number: | FSAS 1998 5 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Environmental Studies |
| ID Code: | 8642 |
| Deposited By: | Nurul Hayatie Hashim |
| Deposited On: | 08 Dec 2010 10:31 |
| Last Modified: | 09 May 2012 09:51 |
Repository Staff Only: item control page