UPM Institutional Repository

Pembiakan Dan Perkembangan Polypedates Leucomystax (Anura: Rhacophoridae) Dan Kaloula Pulchra (Anura : Microhylidae) Serta Kesan "Tea Seed Cake'" Dan Karbofuran Ke Atas Larvanya


Citation

Shahrudin, Shahriza (1997) Pembiakan Dan Perkembangan Polypedates Leucomystax (Anura: Rhacophoridae) Dan Kaloula Pulchra (Anura : Microhylidae) Serta Kesan "Tea Seed Cake'" Dan Karbofuran Ke Atas Larvanya. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pembiakan Po. leucomystax dan K. pulchra secara semulajadi telah dikaji selama 1 2 bulan bermula Julai 1995 sehingga Jun 1996 di Kampung Boyan, Taiping, Perak:. Hasil kajian mendapati pembiakan Po. leucomystax dan K. pu/chra berkorelasi dengan jumlah hujan yang turun. Po. leucomystax menghasilkan telur (1.8 ± 0.02 mm) yang besar dan di dalam kuantiti (239 ± 19 biji) yang sedikit berbanding dengan K. pulchra yang menghasilkan telur (1.5 ± 0.03 mm) yang kecil dan di dalam kuantiti (5713 ± 275 biji) yang besar Peratus telur yang menetas bagi kedua-dua spesies adalah melebihi 90%. Sementara itu peratus larva Po. leucomystax yang beIjaya menjadi anak katak (19. 22.7 %) adalah lebih tinggi berbanding K pulchra (0.9 Embrio dan larva Po. leucomystax rnengarnbil rnasa yang lebih panjang untuk menetas (41.9 ± 0.0K. pu/chra (20.5 berbentuk sigmoid dengan kadar pertumbuhan yang maksimum pada peringkat 40 hingga 42. Penurunan berat basah dan panjang keseluruhan adalah disebabkan oleh ekor larva yang semakin menghilang sernasa metamorfosis. Ujian akut secara pendedahan statik selama 24 jam telah dilakukan dengan menggunakan serbuk "tea seed cake" (TSC) dan karbofuran ke atas larva Po. leucomystax, K pulchra dan Ra. erythrea. Nilai LC₅₀ menunjukkan larva Ra. erythrea merupakan larva yang paling sensitif dan mernpunyai daya ketahanan yang paling rendah terhadap larutan TSC dan karbofuran. lni diikuti oleh larva K. pulchra dan Po. leucomystax.


Download File

[img] PDF
FSAS_1997_13_A.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Rhacophoridae
Subject: Microhylidae
Subject: Carbofuran
Call Number: FSAS 1997 13
Chairman Supervisor: Professor Madya Dr. Jambari Haji Ali
Divisions: Faculty of Environmental Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 06 Dec 2010 08:17
Last Modified: 08 May 2012 08:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8628
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item