Perlindungan Pengguna dan Undang-Undang Jualan Barang di Malaysia

Ahmad Yusoff, Sakina Shaik (2002) Perlindungan Pengguna dan Undang-Undang Jualan Barang di Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1629Kb

Abstract

Era moden ini merupakan pengarak teknologi, perdagangan dan perindustrian yang ultramoden, komplikated dan canggih. Era ini merupakan era revolusi maklumat. Falsafah abad ke 19 telah diambilalih oleh teknologi abad ke 20. Abad ke 20 menyaksikan perubahan sosial dan ekonomi yang hebat. Daripada sebuah masyarakat agraria, negara moden telah berubah menjadi rata-ratanya masyarakat bandar, di mana kehendak dan keperluan yang mudah telah diambilalih oleh pemasaran dan penggunaan besar-besaran. Dalam alam jualan barang pengguna, antara pengguna dan peniaga, wujud ketidakseimbangan kuasa yang fundamental dalam aspek kuasa berunding, pengetahuan mengenai sifat dan komponen teknikal barangan, serta sumber. Di pasaran pengguna memerlukan lebih perlindungan. Undang-undang usang mengenai perlindungan pengguna yang terkandung dalam Akta lualan Barang-barang 1957 tidak berupaya menangani permasaiahan yang dialami oleh masyarakat moden dan canggih abad ke 21. Akta lualan Barang-barang 1957 adalah lapuk dan memerlukan nafas baru. Kepincangan dalam undang-undang sedia ada berhubungkait jualan barang wujud berasaskan tiga landasan; (i) doktrin asas pembentukan kontrak, doktrin kebebasan berkontrak dan priviti kontrak; (ii) peruntukan substantif, berhubungkait terma tersirat dalam kontrak jualan barang dan peruntukan remedial; serta (iii) aspek akses kepada keadilan. Kebebasan berkontrak tidak lagi sesuai dijadikan doktrin landasan pembentukan undang-undang berkaitan jualan barang pengguna, sementara doktrin priviti kontrak pula telah lama dilihat sebagai halangan utama tuntutan pengguna. Peruntukan substantif yang terkandung dalam Akta lualan Barang-barang 1957 mengandaikan kesamarataan kuasa ekonomi pihak-pihak yang berkontrak; ini tidak lagi membayangkan realiti pasaran kini. Tuntutan pengguna rata-ratanya merupakan tuntutan kecil. Masalah sebegini jarang sekali sampai ke mahkamah disebabkan pelbagai formaliti dan kekompleksan, kelengahan, kos litigasi seseorang pengguna perlu harungi. Penyelesaian pertikaian alternatif komplimen litigasi dengan menyediakan proses yang boleh berdiri sendiri atau digunakan sebagai tambahan kepada adjudikasi. Proses penyelesaian pertikaian alternatif ini menawarkan harapan kepada konflik j ualan pengguna. Perlindungan pengguna secara beransur-ansur menjadi ciri undang-undang moden yang diiktiraf. Sudah tiba masanya undang-undang jualan barang bergerak seiring dengan perkembangan dunia perdagangan, khususnya yang melibatkan pengguna. Penyelidikan ini merupakan satu kajian menyeluruh berorientasikan pengguna mengenai undang-undang jualan barang di Malaysia, memfokus khususnya pada kepincangan Akta Jualan Barang-barang 1957. Pada tahun 1999, Akta Pelindungan Pengguna 1999 telah diluluskan, memperkenalkan beberapa pembaharuan radikal dalam arena pembekalan barang yang melibatkan pengguna. Ciri-ciri penting Akta ini yang menyentuh tentang pembekalan barang adalah dibincangkan. Cadangan pindaan kemudiannya dikemukakan bagi kedua-dua perundangan, Akta lualan Barang-barang 1957 dan Akta Pelindungan Pengguna 1957, khususnya pembahagian yang lebih jelas tentang bidangkuasa perundanganperundangan ini, dengan matlamat akhir menyediakan perlindungan pengguna yang lebih mantap dalam kontrak jualan barang yang melibatkan pengguna.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Consumer protection - Law and legislation - Malaysia
Subject:Law and economics
Chairman Supervisor:Professor Dr. Shaik Mohd Noor Alam Bin S.M. Hussain
Call Number:FEP 2002 8
Faculty or Institute:Faculty of Economics and Management
ID Code:8311
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:10 Nov 2010 08:27
Last Modified:09 Sep 2011 03:23

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 10 Nov 2010 08:27.

View statistics for "Perlindungan Pengguna dan Undang-Undang Jualan Barang di Malaysia "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.