UPM Institutional Repository

Tahap Tekanan Ekonomi dan Impaknya Keatas Perbelanjaan Keluarga


Citation

Osman, Syuhaily (2000) Tahap Tekanan Ekonomi dan Impaknya Keatas Perbelanjaan Keluarga. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kejatuhan nilai ringgit yang dialami oleh Malaysia mulai pertengahan tahun 1997 memberi kesan kepada pertumbuhan dan pembangunan bagi semua sektor. Memahami bagaimana pengguna bertingkahlaku semasa krisis ekonomi ini adalah penting dalam usaha mempercepatkan proses pemulihan ekonomi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap tekanan ekonomi dan impaknya ke atas perbelanjaan keluarga semasa kegawatan ekonomi negara. Sampel kajian dipilih di kalangan 211 buah keluarga yang mempunyai ketua keluarga yang diberhentikan atau berhenti ekoran daripada kegawatan ekonomi yang berlaku atau sedang bekerja dalam sektor swasta semasa kajian ini dijalankan. Data telah dikumpulkan melalui borang soal selidik yang diisi sendiri. Tahap tekanan ekonomi responden diukur dengan menggunakan empat dimensi tekanan ekonomi iaitu (1) Ketidakstabilan Pekerjaan, (2) Pengurangan Ekonomi, (3) Ketidakpastian Pekerjaan dan (4) Kekangan Ekonomi. Hipotesis kajian ini menyatakan bahawa keluarga yang diketuai oleh wanita berbangsa Melayu/Bumiputra, tinggal di bandar diketuai oleh wanita berbangsa Melayu/Bumiputra, tinggal di bandar besar, mempunyai bilangan tanggungan yang ramai, berpendapatan kurang dari RM500 sebulan, mempunyai tahap hutang yang tinggi dan tahap simpanan yang rendah akan mengalami tahap tekanan ekonomi yang lebih tinggi berbanding isirumah lain. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20.4% responden mengalami tahap tekanan ekonomi rendah dan majoriti responden (79.6%) mengalami tahap tekanan ekonomi yang sederhana dan tinggi. Didapati bahawa keluarga yang diketuai oleh wanita berbangsa Melayu/Bumiputra, tinggal di kampung, mempunyai pendidikan setakat sekolah menengah sahaja dan memperolehi pendapatan kurang dari RM1000 sebulan mengalami tahap tekanan ekonomi yang lebih tinggi berbanding keluarga lain. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat perkaitan signifikan yang positifdi antara tahap hutang dengan tahap tekanan ekonomi (r=0.467, p:<0.05). Sebaliknya, perkaitan signifikan yang negatif diperolehi di antara tahap simpanan dengan tahap tekanan ekonomi (r=-0.220, p:<0.05). Ujian Regresi Pelbagai pula menunjukkan bahawa tahap hutang lebih mempengaruhi tahap tekanan ekonomi berbanding dengan faktor yang lain termasuk tahap simpanan Kajian ini mendapati bahawa tahap tekanan ekonomi mempengaruhi perbelanjaan keluarga. Keluarga yang mengalami tahap tekanan ekonomi sederhana dan tinggi lebih cenderung untuk mengurangkan perbelanjaan ke atas makanan luar, pakaian, bersiar-siar dan hiburan. Ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya keperluan dan permintaan yang berterusan dari keluarga untuk diberi pendedahan secara informal tentang kemahiran pengurusan kewangan daripada kerajaan dan bukan kerajaan.


Download File

[img] Text
FEM_2000_5 IR.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Economic stress - Malaysia
Subject: Financial crisis - Malaysia
Subject: Economics
Call Number: FEM 2000 5
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Halimah Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 08 Nov 2010 09:15
Last Modified: 19 Dec 2023 08:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8227
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item