Persepsi Nelayan Melayu Terhadap Program Perikanan Laut dalam: Satu Kajian Kes di Mersing, Johor Darul Takzim

Haider, Mahbib (1994) Persepsi Nelayan Melayu Terhadap Program Perikanan Laut dalam: Satu Kajian Kes di Mersing, Johor Darul Takzim. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
482Kb

Abstract

Tumpuan kajian ialah mengenai persepsi terhadap perikanan laut dalam (PLD) di kalangan nelayan Melayu di Mersing, Johor. Objektif umum kajian ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor terpilih yang menentukan persepsi mereka. Objektif khusus kajian ialah untuk melihat samaada wujud pertalian antara 15 pembolehubah bebas iaitu umur, pendidikan, bilangan tanggungan, pengalaman kerja, kemahiran kerja, keahlian dalam persatuan, pendapatan perikanan, keupayaan bot, jarak operasi, tempoh operasi, ganjaran kerja, kemudahan Kerajaan, pengalaman buruk di laut, ketakutan di laut dan ikatan sosial dengan pembolehubah sandar iaitu persepsi mereka terhadap PLD. Kaedah statistik yang digunakan dalam analisis ialah korelasi Pearson 'r' dan regresi berganda. Kekerapan, peratusan dan tabulasi silang digunakan bagi tujuan deskriptif ke atas latar belakang responden dan situasi luaran yang terlibat. Analisis korelasi menunjukkan bahawa enam daripada 15 pembolehubah bebas mempunyai pertalian bererti dengan persepsi terhadap PLD. Lima dari padanya iaitu umur, pengalaman kerja, kemahiran kerja, ganjaran kerja dan penerimaan kemudahan Kera jaan mempunyai pertalian positif dengan persepsi terhadap PLD. Satu pembolehubah lain iaitu ikatan sosial pula menun jukkan pertalian yang negatif. Analisis regresi menun jukkan bahawa hanya lima pembolehubah bebas penting bagi menentukan persepsi terhadap PLD. Antara lima pembolehubah tersebut, jarak operasi merupakan yang terpenting dan diikuti oleh ikatan sosial, umur, ganjaran kerja dan keupayaan bot. Secara keseluruhannya, persepsi responden terhadap kerjaya PLD adalah menggalakkan. Lebih kurang satu pertiga daripada mereka berminat untuk menyertai atau kekal dalam kerjaya tersebut. Kurang satu perempat pula tidak berminat langsung dan kurang berminat menyertainya. Hampir separuh pula tidak dapat membuat pilihan. Faktor latar belakang diri yang terpenting yang menentukan persepsi mereka adalah jarak operasi, umur dan keupayaan bot. Faktor situasi luaran terpenting pula adalah ikatan sosial dan ganjaran kerja.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Fishermen - Johor - Mersing - Case studies.
Subject:Big game fishing
Chairman Supervisor:Associate Professor Nazaruddin Hj. Mohd. Jali, PhD
Call Number:FEM 1994 1
Faculty or Institute:Faculty of Human Ecology
ID Code:8201
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:22 Oct 2010 06:44
Last Modified:22 Oct 2010 06:51

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 22 Oct 2010 06:44.

View statistics for "Persepsi Nelayan Melayu Terhadap Program Perikanan Laut dalam: Satu Kajian Kes di Mersing, Johor Darul Takzim"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.