UPM Institutional Repository

Perkaitan Antara Penggunaan Sumber Keluarga Dengan Keupayaan Mental Dikalangan Kanak-Kanak India di Bandar dan di Estet


Citation

Sathoo, Kausalya Devi (1992) Perkaitan Antara Penggunaan Sumber Keluarga Dengan Keupayaan Mental Dikalangan Kanak-Kanak India di Bandar dan di Estet. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti sumber-sumber yang terdapat pada keluarga India di bandar dan di estet di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Objektif khusus pula ialah a) untuk mengkaji prestasi tahap kecerdasan mental, b) untuk mengenal pasti sumber-sumber yang ada pada keluarga, c) untuk menganalisis perkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan mental dan d) untuk meninjau pola interaksi ibu-anak sebagai input dalam keupayaan mental anak. Data di kumpul dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif keatas 60 keluarga manakala pemerhatian dijalankan keatas 10 buah keluarga. Sumber-sumber keluarga dilihat dari segi sumber manusia dan sumber bukan manusia yang terdapat dalam persekitaran keluarga yang mempunyai perkaitan dengan keupayaan mental anak. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa lokasi (r= -.5203, P <0.05) menjadi penyumbang yang kuat terhadap keupayaan mental. Melalui pemerhatian pula, didapati bahawa ibu yang mengamalkan pola interaksi bercorak positif mempunyai anak yang mencapai skor ujian WISC yang tinggi. Kesimpulannya, di dapati profail anak responden yang berjaya mempunyai keupayaan mental yang tinggi terdiri daripada mereka yang mendapat penglibatan daripada ibubapa. Penglibatan secara langsung adalah dari segi masa yang diluangkan bersama anak dalam aktiviti pendidikan anak manakala penglibatan secara tidak langsung ialah kesanggupan ibubapa membelanjakan wang untuk menyediakan bahan-bahan rangsangan untuk meningkatkan tahap keupayaan mental ke tahap optimum.


Download File

[img] PDF
FEM_1992_1_A.pdf

Download (752kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Child analysis
Subject: Child mental health
Subject: Family - Economic aspects
Call Number: FEM 1992 1
Chairman Supervisor: Dr. Husna Sulaiman, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 20 Oct 2010 07:16
Last Modified: 20 Oct 2010 07:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8194
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item