Serdang Angels Raih Naib Johan Ragbi 10`s

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Serdang Angels Raih Naib Johan Ragbi 10`s.

[img] PDF
100Kb

Official URL: http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=20101028301175644172165447

Abstract

SERDANG - Pasukan Serdang Angels berjaya meraih naib johan Kejohanan Ragbi 10`s Terbuka Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-2 setelah tewas kepada pasukan ATM JLJ ‘A’ 0-12 dalam akhir Piala CUP pada kejohanan dari 9 – 10 Oktober lalu. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Pusat Sukan UPM, Hamzah Ismail berupa wang tunai RM800 bagi juara dan naib johan RM600. Bagi perlawanan akhir kategori lain, Kajang Rugby Club muncul johan piala Plate dengan menewaskan Universiti Malaysia Terengganu, X-SAAS menewaskan Politeknik Ungku Omar bagi akhir Piala Bowl dan Piala Shield dimenangi oleh Uniten setelah menewaskan IPB Hippo. Kolej MARA Banting menjuarai johan Piala CUP bawah 19 tahun dengan menewaskan Politeknik Shah Alam sementara Maktab Sultan Abu Bakar menewaskan Politeknik PD Junior bagi Piala Plate bawah 19 tahun. Sementara itu, Kejohanan Sepak Takraw Terbuka UPM Ke-4 pada tarikh yang sama menyaksikan Petronas Batu Gajah ‘B’ muncul johan dengan merebut wang tunai RM1,000 dan piala apabila menewaskan Petronas Batu Gajah ‘A’ yang mendapat hadiah wang tunai RM700. Tempat ketiga dimenangi oleh Bukit Putra C setelah menewaskan Dell Kiosk B. Kedua-dua kejohanan anjuran Pusat Sukan UPM itu terbuka kepada semua kelab dalam negara.

Item Type:UPM News
ID Code:8101
Deposited By: Mardhiah Mat Jusoh
Deposited On:08 Nov 2010 10:13
Last Modified:27 May 2013 07:37

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 08 Nov 2010 10:13.

View statistics for "Serdang Angels Raih Naib Johan Ragbi 10`s"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.