Graduan UPM Perlu Pikul Tanggungjawab Teknologi Hijau

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Graduan UPM Perlu Pikul Tanggungjawab Teknologi Hijau.

[img] PDF
96Kb

Official URL: http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=2010...

Abstract

SERDANG, 11 Oktober - Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) harus bertanggungjawab menerajui teknologi hijau bagi mendidik masyarakat akan pentingnya teknologi tersebut kepada generasi masa depan. Pro Canselor UPM, Tan Sri Rozali Ismail berkata UPM mampu merealisasikan matlamat teknologi hijau bagi mengurangkan jumlah pencemaran karbon dalam kehidupan masyarakat kerana penyelidikan itu telah mencipta pelbagai inovasi hijau untuk menerajui kehijauan dunia. “Saya berharap universiti terus membuat penyelidikan teknologi hijau untuk menjamin kehidupan yang berkualiti.” “Ingatlah bahawa masa depan negara terletak di tangan anda sebagai generasi yang akan menjadi pengurus dan pentadbir serta meneruskan agenda perjuangan bangsa dan negara Malaysia,” katanya ketika menyampaikan ijazah dan diploma pada hari ketiga (sesi keenam) Majlis Konvokesyen Ke-34 UPM di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sementara itu, beliau menasihati graduan agar memanfaatkan ilmu yang diperoleh serta menghargai keamanan yang dikecapi pada masa kini. “Janganlah gunakan ilmu yang diperoleh untuk kerja yang tidak baik seperti membuat blog yang berunsur fitnah. Banyak contoh mereka yang menggunakan ilmu pengetahuan dengan jalan yang tidak betul, akhirnya membinasakan diri mereka sendiri,” katanya. Terdahulu pada sesi kelima sebelah paginya menyaksikan Pro Canselor, Tan Sri Dato’ Sri Lim Ah Lek mengurniakan ijazah dan diploma kepada 765 graduan sementara sesi keenam pada sebelah petang seramai 767 graduan menerima ijazah dan diploma daripada Tan Sri Rozali.

Item Type:UPM News
ID Code:8100
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:13 Oct 2010 09:57
Last Modified:27 May 2013 07:37

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 13 Oct 2010 09:57.

View statistics for "Graduan UPM Perlu Pikul Tanggungjawab Teknologi Hijau"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.