Gerakbalas Penawaran Koko Malaysia

Ismail, A. Rahman (1987) Gerakbalas Penawaran Koko Malaysia. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1571Kb

Abstract

Salah satu strategi pembangunan yang digunakan oleh sektor pertanian ialah menggalak pelbagai tanaman dengan tujuan untuk menambahkan pendapatan negara. Tanaman koko mempunyai potensi yang baik sebagai satu tanaman perindustrian yang boleh dimajukan lagi. Memandangkan tanaman koko sebagai tanaman yang ketiga pentingnya selepas getah dan kelapa sawit, adalah wajar satu kajian gerakbalas penawaran koko dijalankan. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji dan menilai modelmodel yang telah digunakan oleh pengkaji-pengkaji gerakbalas penawaran koko dan memilih satu model yang paling sesuai untuk gerakbalas penawaran koko Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga akan menentukan faktor-faktor penting yang akan mempengaruhi model gerakbalas penawaran tersebut dan implikasi polisi ke atas industri koko Malaysia. Empat model gerakbalas penawaran koko digunakan dalam kajian ini. Model Pertama adalah model yang telah dikemukakan oleh Marc Nerlove dengan keluasan tanaman koko semasa sebagai pembolehubah sandar. Model Kedua pula adalah model yang telah dikemukakan oleh Hossein Askari dan J.T. Cummings yang mana mereka telah mengubahsuaikan model Marc Nerlove dengan menggunakan output koko semasa sebagai pembolehubah sandar. Model Ketiga kajian pula akan menggunakan model yang dikemukakan oleh Sara S. Berry dengan keluasan tanaman koko semasa sebagai pembolehubah sandar. Sementara Model Keempat adalah model mudah yang dikemukakan oleh Robert M. (dipetik dari 'Supply Responses of Primary Producers' David Lim Lin Shu, 1975) di mana output koko semasa sebagai pembolehubah sandar. Model-Model Pertama , Kedua dan Ketiga kajian adalah mengambil kira jangkaan harga dan pengubahsuaian keluasan tanaman ataupun output koko. Data yang digunakan dalam semua model-model berkenaan adalah data siri masa. Beberapa proxy juga digunakan kerana data yang diperlukan tidak diperolehi. Analisa kajian adalah menggunakan 'teknik maximum Likelihood iteration' (M.L.I.T.) pemerosesaan data siri masa.Hasil dari kajian menunjukkan Model Ketiga penawaran koko Malaysia, yang telah dibentuk dari Model Sara S. Berry adalah model yang terbaik dan paling sesuai untuk model gerakbalas penawaran koko Malaysia, berbanding dengan Model Pertama. Harga adalah menjadi faktor utama di dalam menentukan keluasan tanaman koko dan ini bermakna yang industri tanaman koko Malaysia adalah bergerakbalas terhadap perubahan harga koko yang diterima. Selain dari harga, keluasan tanaman koko yang ditanam di tahun Ialu dan purata pendapatan pengeluar di tahun lalu, juga menjadi faktor di dalam menentukan keluasan tanaman koko semasa. Model Kedua dan Keempat tidak dapat menunjukkan keputusan yang dijangkakan dan harga koko tidak menjadi faktor di dalam menentukan jumlah pengeluaran koko Malaysia. Dari kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor-faktor lain yang digunakan di dalam model-model kajian seperti purata air hujan tahunan dan purata hasil koko per faktor di dalam menentukan gerakbalas hektar tidak penawaran koko Walaupun Industri Koko Malaysia telah berkembang pesat dari segi jumlah keluasan dan jumlah pengeluaran tetapi kerajaan perlu berhati-hati di dalam menentukan polisinya terutamanya terhadap pertambahan keluasan tanaman koko di masa hadapan. Faktor-faktor lain yang utama dalam industri koko perlu diambil kira terutamanya dari segi mutu koko, purata hasil koko per hektar dan kos pengeluaran yang rendah bagi menjamin prospek industri ini di masa hadapan. Di samping itu, pembangunan industri berasaskan koko juga perlu diberikan tumpuan dan galakan supaya ianya boleh dibuat di Malaysia. Dengan itu, prospek industri koko Malaysia dapat dipertingkatkan lagi di masa hadapan serta boleh bersaingan dengan negaranegara pengeluar utama koko dunia.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Cocoa - Malaysia
Chairman Supervisor:Professor Madya Mohd Ghazali Bin Mohayidin, PhD
Call Number:FEP 1987 1
Faculty or Institute:Faculty of Economics and Management
ID Code:8006
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:07 Oct 2010 07:16
Last Modified:12 Sep 2011 08:36

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 07 Oct 2010 07:16.

View statistics for "Gerakbalas Penawaran Koko Malaysia "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.