Development of Carbon Fiber-Reinforced Carbon Composite Formulations for Brake Pad

Sulaiman, Sarina (2007) Development of Carbon Fiber-Reinforced Carbon Composite Formulations for Brake Pad. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
446Kb

Abstract

Sebelum ini, asbestos dan logam telah digunakan dalam pembuatan pad brek. Namun pengunaan asbestos telah diharamkan kerana boleh menyebabkan kanser. Malah, penggunaan logam juga telah dihadkan kerana habuk dari pad brek semasa pembrekan boleh menyebabkan pencemaran air. Sejak itu, banyak kerja penyelidikan telah dilakukan untuk menghasilkan pad brek tanpa penggunaan asbestos. Dalam kajian ini, formula gentian karbon yang diperkuatkan dengan karbon untuk penggunaan pad brek telah dihasilkan dan kekuatan mekanikal komposit ini telah dikaji. Komposit ini dihasilkan kerana mempunyai kekuatan yang tinggi, ringan dan berkeupayaan untuk mengekalkan sifat mekanikalnya pada suhu lebih daripada 2000 oC dalam atmosfera yang tidak mempunyai oksida. Kaedah yang digunakan dalam penghasilan komposit karbon-karbon untuk penggunaan dalam brek automotif adalah dengan gentian karbon dan phenolic resin ditekan panas oleh alat penempaan tekanan panas. Kemudiannya, komposit berkenaan dikarbonkan pada suhu 1000oC dan akhirnya dibakar pada suhu 1700oC. Empat langkah rendaman dilakukan semasa proses pengkarbonan pada suhu 1000oC. Dalam kajian ini, kesan penambahan gentian karbon dan pengeras dan kesan pengkarbonan dan penggrafitan pada sifat komposit karbon dan pad brek komersil telah dikaji dengan menggunakan ujian mekanikal, haba dan geseran. Komposit dengan pengunaan 40 peratus gentian karbon dan 15 peratus pengeras menunujukkan sifat mekanikal dan terma yang bagus selepas diawet. Kekuatan ketegangan dan lenturan bagi komposit yang telah diawet adalah masing-masing, 411.9 MPa dan 51.7 MPa sebelum diturunkan pada suhu 523oC. Kekuatan lenturan dan ketegangan bagi komposit yang telah melalui proses pengrafitan pada suhu 1700oC adalah masing-masing, 10.7 MPa dan 10.8 MPa. Ketumpatan komposit yang telah diawet adalah 1.21 g/cm3 dan meningkat kepada 1.45 g/cm3 setelah digrafitkan pada 1700oC. Kekuatan lentur dan ketumpatan meningkat dengan proses rendaman semasa proses pengkarbonan. Analisis terma menunjukkan pad brek dalam pasaran diturunkan pada suhu 700oC, iaitu jauh lebih rendah daripada komposit karbon. Komposit karbon yang telah melalui proses pengrafitan tidak diturunkan walaupun pada suhu 800oC. Komposit karbon telah menunjukkan sifat mekanikal, haba dan geseran yang baik jika dibandingkan dengan pad brek komersil.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Carbon composites
Subject:Carbon
Chairman Supervisor:Professor Madya Robiah Binti Yunus, PhD
Call Number:FK 2007 86
Faculty or Institute:Faculty of Engineering
ID Code:7866
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:28 Sep 2010 03:53
Last Modified:27 May 2013 07:36

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 28 Sep 2010 03:53.

View statistics for "Development of Carbon Fiber-Reinforced Carbon Composite Formulations for Brake Pad "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.