UPM Institutional Repository

Berhati-hati di Jalan Raya Sempena Sambutan Aidilfitri-PM


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Berhati-hati di Jalan Raya Sempena Sambutan Aidilfitri-PM. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 3 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggesa pemandu kenderaan supaya berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Perdana Menteri merayu semua pemandu mengutamakan keselamatan dengan memandu secara berhemah ketika pulang ke kampung halaman masing-masing. “Pada masa yang sama jangan lupa disiplinkan diri kita dengan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan,” katanya dalam ucapan khas ‘Mesej Daripada Perdana Menteri’ yang dilancarkan oleh Menteri Kerjaya Raya, Dato’ Shaziman Abu Mansor di Kolej Kelima, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini. Beliau juga mengingatkan generasi muda supaya berhati-hati dan menghargai nyawa apabila berada di jalan raya kerana mereka merupakan aset penting untuk masa depan negara. Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha Abdullah. Pada majlis itu, Dato’ Shaziman turut melepaskan konvoi 20 kenderaan pelajar dan 3 bas UPM balik ke kampung masing-masing. Beliau juga menyerahkan 15 kereta peronda kepada pasukan Polis Diraja Malaysia dan enam van ambulan kepada St. John Ambulance dan Persatuan Bulan Sabit Merah yang ditaja oleh PLUS Expressway Berhad (PLUS). Majlis dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia, Plus Expressways Bhd, Oriental Businesslink Sdn Bhd, Polis Diraja Malaysia dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.


Download File

[img]
Preview
PDF
Berhati-hati_di_jalan_raya.pdf

Download (168kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 07 Sep 2010 04:26
Last Modified: 27 May 2013 07:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7791
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item