18 Pelajar UPM Hulur Bantuan Pada Rumah Kanak-kanak Istimewa

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) 18 Pelajar UPM Hulur Bantuan Pada Rumah Kanak-kanak Istimewa.

[img] PDF
57Kb

Official URL: http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=201008262381648321721654168

Abstract

TAWAU– Seramai 18 pelajar dari Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Putra Malaysia (UPM) meluangkan masa bersama-sama kanak-kanak istimewa di Rumah Asuhan dan Didikan Sri Stella di sini baru-baru ini. Pelajar-pelajar UPM mengadakan aktiviti kebajikan seperti membersihkan kawasan, melukis bersama, menyediakan makanan dan aktiviti riadah untuk menceriakan kanak-kanak itu. Penguasa Rumah Sri Stella, Hussein Datu’ Tambuyong berkata walaupun aktiviti pelajar UPM dibuat dalam tempoh sehari, keceriaan jelas terpancar pada wajah kanak-kanak itu. Aktiviti itu merupakan salah satu daripada program Bakti Siswa 2010 anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej selama enam hari yang menempatkan pelajar-pelajar UPM di rumah 11 keluarga angkat bagi mengenal lebih dekat masyarakat Kampung Merotai Besar di sini. Mereka menjalankan aktiviti membersihkan kawasan Masjid Hidayatul Iman, tanah perkuburan Islam Raudhatus-Salam dan dewan serbaguna. Pelajar UPM turut menjadi fasilitator motivasi dan perkongsian pengalaman bersama 100 pelajar yang menduduki SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau dengan tema Haluan Selepas SPM. Pengetua sekolah, Juriah Ahmad menyifatkan sumbangan pelajar UPM sebagai persediaan untuk berkhidmat kepada masyarakat apabila menamatkan pengajian kelak setelah bergraduat kelak. Pelajar-pelajar juga melawat Rumah Warga Tua Air Panas dengan mengindahkan persekitaran kawasan rumah, berkebun, melukis mural di dinding sebagai tanda kenangan dan menceriakan warga tua dengan berkaraoke bersama. Penguasanya, Muhammad Taufiq Leong berkata aktiviti itu amat bermakna kepada warga emas di situ agar mereka tidak rasa tersisih daripada masyarakat. Khidmat masyarakat pelajar UPM turut mendapat liputan radio Tawau FM dalam program Interaktif@tawau FM selama 30 minit.

Item Type:UPM News
ID Code:7756
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:30 Aug 2010 01:28
Last Modified:27 May 2013 07:36

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 30 Aug 2010 01:28.

View statistics for "18 Pelajar UPM Hulur Bantuan Pada Rumah Kanak-kanak Istimewa"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.