Keyword Search:

Putra Idol UPMKB Kutip Dana Untuk Rumah Orang Tua Seri Kenangan Sibu

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Putra Idol UPMKB Kutip Dana Untuk Rumah Orang Tua Seri Kenangan Sibu.

[img] PDF
124Kb

Official URL: http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=2010...

Abstract

BINTULU – Pertandingan nyanyian karaoke Bakti Amal Putra Idol 2010 anjuran pelajar Kursus Baktisiswa Kumpulan 3 (QKK2101) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) berjaya mengumpul dana sebanyak RM1,500 untuk disumbangkan kepada rumah orang tua Seri Kenangan, Sibu. Sebanyak 44 penyertaan daripada pelajar, staf dan keluarga staf UPMKB mendapat sambutan daripada lebih 1,000 penonton di Dewan Serbaguna yang merupakan dewan baharu UPMKB. Penasihat program dan fasilitator kursus, Sudirman Asmadi berkata Putra Idol 2010 yang diadakan selama tiga malam menjana kutipan dana melalui jualan tiket penonton selain menyediakan tabung kutipan derma. Daripada 12 finalis iaitu enam pelajar dan enam staf atau ahli keluarganya, pelajar semester 1 Diploma Perniagaantani, Nur Shima Naney Suhaimin muncul juara diikuti oleh Naib Johan, Merazan Mechang, staf Taman Pertanian UPMKB dan tempat ketiga iaitu Ariffuddin Saffiee mewakili keluarga staf. Hadiah disampaikan oleh Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, Profesor Dr. Japar Sidik Bujang. Program itu adalah lanjutan lawatan pelajar kursus ke rumah Seri Kenangan Sibu pada 2 hingga 3 Oktober lalu untuk mengadakan gotong-royong dan pemberian barangan keperluan. Profesor Dr. Japar menyifatkan penganjuran program yang julung kali itu bukan sahaja mencungkil bakat nyanyian pelajar UPMKB tetapi syarat pertandingan yang mengutamakan lirik lagu berunsur nasihat, kedamaian dan sayang-menyayangi menimbulkan keinsafan kepada pelajar dan penonton.

Item Type:UPM News
ID Code:7473
Deposited By: Norhazura Hamzah
Deposited On:14 Jul 2010 17:47
Last Modified:27 May 2013 15:35

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 14 Jul 2010 17:47.

View statistics for "Putra Idol UPMKB Kutip Dana Untuk Rumah Orang Tua Seri Kenangan Sibu"