UPM Institutional Repository

Penyelidik UPM Menang 11 Pingat di USA


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Penyelidik UPM Menang 11 Pingat di USA. [UPM News]

Abstract

PITTSBURGH – Seramai enam penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya meraih sebelas pingat di Pittsburgh, Pennsylvania, USA sempena Pameran Antarabangsa Inovasi dan Produk Baru (INPEX) pada 16-18 Jun 2010. Dr. Helmi Zulhaidi Mohd Shafri dari Fakulti Kejuruteraan menerima dua pingat iaitu pingat emas (kategori Pertanian) dan pingat perak (kategori software) melalui produknya Hyperspectral-based Tree Assessment System yang boleh mengesan dan menilai pokok yang terdapat di hutan dan kebun besar di Malaysia. Produk ini bukan sahaja dapat mengesan jumlah bilangan pokok tetapi dapat mengetahui tahap kesihatan pokok tersebut dan amat sesuai untuk digunakan oleh industri kelapa sawit dan badan-badan pengurusan hutan. Pingat emas kedua (kategori Software) dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Jamaloddin Noorzaei dari Fakulti Kejuruteraan dengan produknya Development of 3-D Nonlinerar Earthquake Resistance System for Framed Building yang dapat menyerap dan mempertahankan keselamatan serta fungsi bangunan ketika gempa bumi dan taufan dengan memasang alat viscous damper sebagai rangka bangunan konkrit. Tujuan utama produk ini adalah untuk memberikan tempat perlindungan yang selamat bagi satu billion manusia yang melawan bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami. Produk ini juga telah memenangi pingat perak (kategori pembinaan). Prof. Madya Dr. Robiah Yunus daripada Fakulti Kejuruteraan telah memenangi 3 pingat iaitu satu pingat perak (kategori alam sekitar) dan dua pingat gangsa (kategori sains dan tenaga alternatif) dengan hasil ciptaanya Innovative Technology in Biodiesel Production from Jatropha Oil dimana penemuan ini melibatkan proses penghasilan minyak diesel daripada minyak Jatropha dengan hanya melalui proses ekstrasi pelarut dan proses pra-rawatan asid dan melenyapkan proses pemurnian minyak seperti keadah yang terdahulu. Dua pingat perak telah dimenangi oleh Prof. Dr. Hashim Musa dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dengan produk HB Melayu – Analayzing How True Malay Are You? (kategori pendidikan dan perisian). Perisian ini dibina bagi tujuan mengenalpasti sejauh mana hati budi orang melayu masih kekal dalam kehidupan orang melayu kini. Hasil kajian ini berjaya mengumpulkan 26 komponen ciri-ciri keperibadian yang didapati daripada penyelidikan melalui pantun, sajak, syair dan puisi lama. Produk ini sesuai untuk dikomersilkan bagi membentuk pembaharuan nasional dan persatuan belia seperti Biro Tata Negara dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Manakala 2 pingat gangsa masing-masing dimenangi oleh Prof.Dr.Suhaila Mohamed dan Assoc. Prof. Dr. Loh Teck Chwen dengan produk mereka iaitu Mental and CardioVascular Health products from Oil Palm Leaf dan Novel Natural Feed Additive for Monogastic Animals. Daripada 700 penyertaan seluruh dunia, produk dari Malaysia yang dipertandingkan ialah dari UPM, UiTM, Uniten dan Beta Factor Sdn. Bhd.


Download File

[img]
Preview
PDF
Penyelidik_UPM_Menang_11_Pingat_di_USA.pdf

Download (62kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 09 Jul 2010 03:37
Last Modified: 27 May 2013 07:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7463
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item