Keyword Search:

UPM Terima Anugerah Lembaga Zakat Selangor

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM Terima Anugerah Lembaga Zakat Selangor.

[img] PDF
62Kb

Official URL: http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=2010...

Abstract

SHAH ALAM - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima ‘Anugerah Prestasi Peningkatan Pembayar Tertinggi Penolong Amil IPTA 2009’ dalam Majlis Anugerah Ejen Kutipan Zakat 2009 oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini. Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM, Prof. Mohd Fauzi Ramlan mewakili UPM menerima anugerah yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof di De Palma Hotel Shah Alam. “UPM berjaya meningkatkan bilangan pembayar zakat sebanyak 40.42 % atau 487 orang pembayar zakat baru berbanding tahun sebelumnya. “Saya mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua warga UPM yang telah melaksanakan kewajipan berzakat melalui Tabung Amanah Zakat UPM, “ katanya. Majlis yang disertai lebih 70 orang wakil ejen kutipan zakat ini bertujuan menghargai peranan dan kerjasama ejen kutipan zakat dalam memudahkan urusan pembayaran zakat di Selangor. Selain itu 12 anugerah diberikan kepada ejen kutipan zakat yang berjaya mencapai kutipan zakat tertinggi, jumlah pembayar zakat tertinggi dan prestasi peningkatan kutipan zakat tertinggi.

Item Type:UPM News
ID Code:7459
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:06 Jul 2010 12:36
Last Modified:27 May 2013 15:35

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 06 Jul 2010 12:36.

View statistics for "UPM Terima Anugerah Lembaga Zakat Selangor"