Pembelajaran Di Kalangan Warga Tua India: Di Barat Laut Rawang

Durasingham, Thamaithi (2005) Pembelajaran Di Kalangan Warga Tua India: Di Barat Laut Rawang. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
801Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau pembelajaran di kalangan warga tua India di Malaysia. Kajian ini berpandukan soalan berikut: (1) Siapakah warga tua India, (2) Adakah mereka masih belajar? Jika ya apakah yang mereka belajar dan mengapakah mereka belajar, (3) Bagaimanakah orang tua India belajar dan (4) Apakah yang mempengaruhi pembelajaran orang tua India pada hari tua mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kajian kes. Responden kajian terdiri daripada 14 orang warga tua India yang berusia 60 tahun ke atas di bahagian barat laut Rawang. Kaedah temu duga secara mendalam dalam Bahasa Tamil dijalankan untuk mengumpul data kajian. Tringulasi, perundingan setara dan pemeriksaan ahli turut digunakan untuk meningkatkan kesahihan data. Dapatan menunjukkan bahawa responden sihat dari segi fizikal. Sungguhpun nampak tua dengan rambut yang beruban dan kulit yang berkedut, narnun responden kuat dan aktif. Mereka mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik. Hampir kesemua responden bekerja dan yang selebihnya menampung hidup dengan pencen, keluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja clan wang simpanan persendirian. Responden berkahwin dan mempunyai antara tiga hingga lima orang anak. Mereka tinggal dalam keluarga luas bersama anak lelaki yang telah berumah tangga. Secara kebetulan kesemua responden gembira mengharungi zaman tua mereka. Walau bagaimanapun responden tidak berpendidikan tinggi. Dapatan juga menunjukkan bahawa aspek pembelajaran responden meliputi lima aspek utarna iaitu kesihatan, pekerjaan dan tugasan di rumah, keagamaan, isu semasa dan kebajikan keluarga. Sehubungan ini responden menggunakan teknik pembelajaran arah kendiri, secara perbincangan, berasaskan media massa, pengalaman dan pembelajaran berasaskan dalam konteks. Tambahan lagi dapatan mengemukakan lapan faktor yang mempengaruhi aktiviti pembelajaran warga tua India. Lima kesimpulan dapat dibuat daripada kajian ini iaitu warga tua India (1) mempunyai latar belakang sosioekonomi rendah, (2) mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat yang bersesuaian dengan kehidupan semasa secara tidak formal dan kebetulan (incidental) seperti pembelajaran arah kendiri, secara perbincangan, berasaskan pengalaman, dalam konteks dan berpandukan media massa; (3) belajar aspek kehidupan seperti kesihatan, peke rjaan, keagamaan, kebajikan dan isu semasa setelah didorong oleh perubahan dan pembangunan yang dialami semasa tua; (4) melalui proses pembelajaran yang dipengaruhi oleh nilai dan corak kehidupan seperti hidup berdikari, kesihatan, prihatin kepada keluarga, sosialisasi dan perasaan keseorangan mempengaruhi pembelajaran warga tua India dan (5) belajar aspek kehidupan berbeza pada peringkat umur berlainan. Dengan ini temyatalah bahawa pembelajaran responden dibentuk oleh konteks, budaya atau komuniti, pengalaman, masalah, keperluan dan aktiviti itu sendiri.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Adult learning - Rawang
Chairman Supervisor:Professor Madya Mazanah Muhamad, PhD
Call Number:FPP 2005 33
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:6538
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:19 May 2010 08:52
Last Modified:27 May 2013 07:30

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 19 May 2010 08:52.

View statistics for "Pembelajaran Di Kalangan Warga Tua India: Di Barat Laut Rawang "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.