Keyword Search:

Kemapanan Persatuan Belia dan Peranan Pemimpin Sebagai Agen Perubahan

Hamzah, Siti Raba'ah (2005) Kemapanan Persatuan Belia dan Peranan Pemimpin Sebagai Agen Perubahan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1914Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka fenomena peranan pemimpin sebagai agen perubahan dalam konteks kemapanan persatuan belia. Kajian ini telah dilaksanakan berpandukan kepada dua persoalan kajian iaitu: (1) apakah peranan pemimpin dalam kepemimpinan persatuan yang menyumbang kepada kemapanan persatuan; (2) bagaimanakah bentuk peranan pemimpin sebagai agen perubahan dalam konteks kemapanan persatuan belia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan data telah diperoleh melalui temu bual secara berkumpulan dan analisis dokumen. Pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam kajian ini telah dipilih daripada persatuan belia yang telah menerima Anugerah Belia Negara dan melibatkan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa dalam persatuan yang dipilih. Temu bual secara berkumpulan merupakan kaedah pengumpulan data utama dan disokong oleh analisis dokumen. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat enam peranan utama pemimpin sebagai agen perubahan yang dilaksanakan melalui dengan 32 amalan dan tanggungjawab dalam kepemimpinan persatuan belia. Enam peranan utama pemimpin sebagai agen perubahan merangkumi 1) pengurus; 2) pembantu proses; 3) perunding; 4) penggerak; 5) penyelesai masalah; dan 6) penghubung sumber. Peranan pemimpin sebagai pengurus merujuk kepada kebolehan dalam menyampaikan dan memberi inspirasi kepada ahli tentang visi dan misi organisasi serta memberi panduan untuk bertindak dengan berkesan. Pemimpin sebagai pembantu proses dilihat daripada kecekapan dan kemahiran dalam memimpin ahli dan organisasi untuk mencapai matlamat persatuan. Seterusnya peranan pemimpin sebagai perunding adalah kebolehan untuk bertolak ansur dan menjadi pakar rujuk. Manakala peranan pemimpin sebagai penggerak pula merujuk kepada keupayaan dan kebolehan mencairkan minda bagi membolehkan ahli bertindak. Sebagai penyelesai masalah, pemimpin mahir dalam membentuk dan melaksanakan sesuatu strategi penyelesaian masalah manakala sebagai penghubung sumber pula mereka menunjuk ajar tentang cara untuk mendapatkan dan menggunakan sumber, di samping menghubungkan persatuan dengan agensi lain.Kajian ini mendapati peranan pemimpin sebagai agen perubahan di kalangan pemimpin persatuan menepati teori yang terdapat dalam literatur. Hasil kajian juga memaparkan tanggungjawab, amalan dan peranan pemimpin sebagai agen perubahan dalam persatuan belia. Kajian ini mencadangkan agar pemimpin perlu memainkan peranan sebagai agen perubahan bagi menjamin kemapanan persatuan belia.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Development leadership - Malaysia
Subject:Youth in development - Malaysia
Chairman Supervisor:Professor Turiman Suandi, PhD
Call Number:FPP 2005 22
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:6459
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:14 May 2010 08:06
Last Modified:27 May 2013 07:29

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 14 May 2010 08:06.

View statistics for "Kemapanan Persatuan Belia dan Peranan Pemimpin Sebagai Agen Perubahan"

 
 
 
 

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is powered by EPrints 3 which is developed by the School of Electronics and Computer Science at the University of Southampton. More information and software credits.
Universiti Putra Malaysia Institutional Repository supports OAI 2.0 with a base URL of http://psasir.upm.edu.my/cgi/oai2
Best viewed using IE version 7.0 (and above) Mozilla Firefox version 3 (and above) with the resolution of 1024 x 768.