Hubungan Antara Keinginan Pencapaian, Lokus Kawalan, Pengambilan Risiko, dan Jaringan Sosial Dengan Kejayaan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Di Kelantan

Salleh, Suraidi (2005) Hubungan Antara Keinginan Pencapaian, Lokus Kawalan, Pengambilan Risiko, dan Jaringan Sosial Dengan Kejayaan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Di Kelantan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1772Kb

Abstract

Tujuan utama kajian ini ialah untuk menentukan hubungan antara kejayaan usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan keinginan pencapaian, lokus kawalan, pengambilan risiko dan jaringan s o d . Sampel kajian adalah terdiri daripada 350 orang usahawan mikrokredit Amanah Ikhtiar Malaysia. Sampel telah dipilih secara rawak berlapis daripada 10 1 6 orang usahawan AIM yang terdapat di negeri Kelantan. Kajian ini merupakan kajian deskriptif jenis korelasi. Data diperoleh dengan menggunakan sod selidik yang mengandungi soalan berkaitan maklumat demo& kejayaan &wan, soalan mengenai keinginan pencapaian, lokus kawalan, pengambilan risiko dan jaringan sosial. Keinginan pencapaian diukur menggunakan sod selidik yang diadaptasi daripada sod selidik Manifst Need Questionaire (Steer dan Braunstein, 1976), lokus kawalan diukur menggunakan sod selidik Rotter 's Locus of Control Scale (Rotter, 1966) dan pengambilan risiko diukur menggunakan sod selidik pengambilan risiko (Institut Industri Kecil Asia, 1981). Jaringan sosial dan kejayaan usahawan diukur menggunakan instrumen yang dibentuk sendiri oleh penyelidik. Hasil kajian menunjukkan majoriti usahawan AIM adalah terdiri daripada wanita (92.6%) yang berumur antara 40 hingga 50 tahun. Secara keseluruhan sampel kajian adalah berpendidikan rendah iaitu setakat sekolah rendah dan menengah rendah (78.0%)). Sampel kajian menjalankan perniagaan dalam bidang perniagaan makanan, pakaian, perusaham (pemprosesan makanan dan ubat tradisional), borong (perabut dan peralatan elektrik), perkhidmatan (kelas Al-Quran, kontraktor, dan bengkel) dan pertanian. Sebahagian besar menjalankan pemiagaan berbentuk peruncitan (24.6%). Min pendapatan usahawan AIM adalah RM 1629.14 sebulan (S.P=RM 1460.16). Secara keseluruhannya usahawan AIM boleh dikategorikan sebagai usahawan sederhana berjaya. Sebahagian besar usahawan mempunyai tahap yang sederhana dari segi keinginan pencapaian (Min=3.74,S.P=.49), lokus kawalan (Min=3.64,S.P=.63), pengambilan risiko (Min=3.32,S.P=.6 1 ) dan jaringan sosial (Min=2.64,S .P=.69). Kajian ini telah dapat menentukan satu hubungan yang signifikan daripada empat pembolehubah yang dikaji. Kajian menunjukkan wujudnya hubungan yang signiiikan di antara kejayaan usahawan dengan jaringan sosial w4,350)=23.711 ,I= -2 1, p<.O5). Kajian tidak menunjukkan terdapatnya hubungan antara kejayaan usahawan dengan taraf pendidikan (f(6,350)=4.338, p>.05), keinginan pencapaim (f(4,350)=.252, p>.05), lokus kawalan (x2(4,350)=1 .507, p>.05) dan tahap pengambilan risiko (f(4,350)=6.436, p>.05). Implikasi dapatan kajian, usahawan AIM perlu aktif dalam jaringan sosial supaya mereka dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan atau opsyen yang disediakan oleh pihak berkuasa untuk mendapatkan sumber, maklumat dan serta pernindahan teknologi daripada rakan jaringan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Success in business - Kelantan.
Subject:Entrepreneurship - Kelantan.
Chairman Supervisor:Professor Madya Ab Rahim Bakar, PhD
Call Number:FPP 2005 16
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:6451
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:14 May 2010 08:00
Last Modified:27 May 2013 07:29

Repository Staff Only: item control page


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.