Pembangunan Modul Perisian Multimedia Untuk Tajuk "Sifat Jirim" Peringkat Menengah Atas

Yazid, Zuraidah (2006) Pembangunan Modul Perisian Multimedia Untuk Tajuk "Sifat Jirim" Peringkat Menengah Atas. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1754Kb

Abstract

Kajian ini adalah merupakan suatu usaha untuk membangunkan satu modul perisian multimedia sebagai bahan bantu mengajar dalam tajuk Sifat Jirim bagi peringkat menengah atas. Satu kajian awal telah dilakukan ke atas 69 orang pelajar-pelajar tingkatan empat tahun 2002 dari SMK Jati Kuala Lumpur. Sampel dipilih dari pelajar yang mendapat gred A dalam kedua-dua mata pelajaran Sains dan Matematik dalam peperiksaan PMR. Ujian tinjauan diberikan sebagai instrumen untuk mengenalpasti masalah konsep Fizik yang dihadapi oleh pelajar. Pelajar diberi satu set soal selidik untuk mengetahui minat dan tanggapan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dalarn mata pelajaran Fizik amnya dan tajuk Sifat Jirim khususnya. Satu modul perisian dibangunkan berasaskan Model ASSURE. Kesignifikan modul perisian ini kemudian diuji. Satu reka bentuk kajian penyelidikan eksperimen persampelan rawak digunakan. Sampel kajian adalah terdiri daripada 62 orang pelajar (32 orang kumpulan rawatan dan 30 orang kumpulan kawalan) tingkatan lima SMK Jati Kuala Lumpur. Hipotesis kajian iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian antara pelajar yang menggunakan perisian (kumpulan rawatan) dengan pelajar yang tidak menggunakan perisian (kumpulan kawalan) di uji dengan Ujian-t dua sampel talc bersandar. Sampel dipilih secara rawak berdasarkan tahap pencapaian skor markah min yang hampir sama iaitu 59.53 (kumpulan rawatan) dan min 59.07(kumpulan kawalan) dalam Peperiksaan Akhir Tahun bagi mata pelajaran fizik 2004. Pelajar diberikan satu set soalan Ujian pencapaian dan satu soal selidik. Ujian pencapaian yang diberikan telah diuji stabiliti dengan nilai pekali Korelasi Pearson r= 0.547 dan nilai kebolehpercayaan konsistensi dalaman Croanbach Alpha a = 0.7025 dalam satu kajian rintis yang telah dijalankan. Keputusan menunjukkan nilai t=(60) = -2.020 p< 0.05 dengan min 77.50 bagi pelajar pengguna perisian dan min 73.67 bagi pelajar bukan pengguna perisian. Keputusan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar yang menggunakan perisian yang dengan pelajar yang tidak menggunakan perisian, oleh itu hipotesis ditolak. Respon pelajar terhadap penggunaan perisian adalah positif dan lebih 72% bersetuju yang perisian ini memudahkan mereka memahami konsep. Respon sepuluh orang guru Fizik juga diambil kira. Kesemua guru yang ditemubual menunjukkan respon yang positif tentang kaedah alternatif ini dan bersetuju perisian yang dibangunkan ini boleh diterima pakai.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Computer software - Development.
Subject:Multimedia systems.
Subject:Mass (Physics) - Study and teaching.
Chairman Supervisor:Professor Madya Zaidan Abdul Wahab, PhD
Call Number:FS 2006 34
Faculty or Institute:Faculty of Science
ID Code:6298
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:13 May 2010 00:57
Last Modified:27 May 2013 07:28

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 13 May 2010 00:57.

View statistics for "Pembangunan Modul Perisian Multimedia Untuk Tajuk "Sifat Jirim" Peringkat Menengah Atas"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.