Mereka Bentuk dan Membina Sebuah Mesin Belah Buah dan Pisah Biji Koko Secara Membujur

Hussein, Hidayatullah (2005) Mereka Bentuk dan Membina Sebuah Mesin Belah Buah dan Pisah Biji Koko Secara Membujur. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
3242Kb

Abstract

Sebuah mesin belah buah dan pisah biji koko secara membujur telah dibina dan diuji. Mesin ini dijalankan dengan menggunakan kuasa motor elektrik berkuasa 2.2 kW. Perisian AutoCAD keluaran 2000 digunakan untuk membantu menghasilkan reka bentuk yang dicadangkan. Komponen mesin ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu bahagian penghantar buah, bahagian belah buah dan bahagian pisah biji. Dua orang pengendali diperlukan untuk mengendalikan mesin ini. Seorang untuk kerja-kerja meletakkan buah di atas pemegang buah yang bergerak di atas tali sawat rata dan seorang lagi diperlukan untuk kerja-kerja mengumpul biji koko basah. Bahagian penghantar buah direka bentuk dengan konsep putaran tali sawat rata penghantar yang berputar di antara takal pemacu dan takal penurut dengan kelajuan 300 mmlsaat. Komponen pemegang buah pula diperbuat daripada bungkah kayu berbentuk 'V' dan ditetapkan berjarak 310 mm di sepanjang tali sawat rata penghantar. Kedudukan buah yang diletakkan pada alat pemegang buah ini adalah secara membujur. Manakala bahagian belah buah pula adalah tempat di mana buah dibelah dengan pisau pembelah yang bergerak secara turun naik menggunakan mekanisma roda tenaga. Bahagian pisah biji memisahkan biji koko dengan kulit buah menggunakan alat silinder jejaring pemisah yang berputar dengan kelajuan 54 psm. Ujian perlakuan telah dijalankan ke atas prototaip mesin belah buah dan pisah biji secara membujur. Sampel-sampel buah koko yang terdiri daripada empat jenis klon yang berbeza, tiga kategori saiz buah, dua tempoh simpanan buah yang berlainan serta kadar kelembapan kulit buah yang berbeza telah diuji bagi mengesan keberkesanan mesin yang dibina. Keputusan ujian perlakuan menunjukkan perbezaan saiz, jenis klon serta tempoh simpanan buah tidak memberi kesan terhadap kecekapan dan keberkesanan pada mesin prototaip. Kelembapan pada kulit buah menunjukkan kesan di mana buah yang berkelembapan tinggi memberi kesan meningkatkan kecekapan mesin. Keputusan tersebut juga menunjukkan peratus biji luka dan serpihan kulit yang terjadi pada mesin ini adalah di bawah 5%. Kecekapan komponen silinder jejaring pemisah dicatatkan pada kadar 96.2% pada kecondongan lo. Masa pemotongan buah dicatatkan pada kadar 2.5 saat setiap buah. Keupayaan mesin adalah dianggarkan di antara 1,200 hingga 1,500 buah sejam dan ini boleh menghasilkan sejumlah 180 hingga 200 kg biji basah. Analisis kos menunjukkan mesin belah buah dan pisah biji koko ini dapat menjimatkan 4.8 tenaga manusia dalam kerja-kerja pemecahan dan pemisahan biji.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Fruit - Seperators (Machines) - Case studies
Chairman Supervisor:Professor Madya Ir. Hj. Muhammad Salih Haji Ja'afar
Call Number:FK 2005 55
Faculty or Institute:Faculty of Engineering
ID Code:6072
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:10 May 2010 03:38
Last Modified:27 May 2013 07:26

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 10 May 2010 03:38.

View statistics for "Mereka Bentuk dan Membina Sebuah Mesin Belah Buah dan Pisah Biji Koko Secara Membujur "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.