Mengenal Pasti Tapak Stesyen Pemindahan Sisa Pepejal Dengan Menggunakan Sistem Maklumat Geografi

Idris, Mohd Rizal (2005) Mengenal Pasti Tapak Stesyen Pemindahan Sisa Pepejal Dengan Menggunakan Sistem Maklumat Geografi. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1307Kb

Abstract

Jarak tapak pelupusan yang jauh dari kawasan kutipan memerlukan infrastruktur stesen pemindahan sisa pepejal dicadangkan. Tujuan infrastruktur ini dibina adalah untuk dijadikan sebagai tempat persinggahan sementara, sebelum sisa pepejal tersebut dibawa keluar ke kawasan pelupusan yang biasanya terletak ditempat yang lain. Kajian ini memfokus kepada pencarian tapak stesen pemindahan sisa pepejal yang sesuai di antara kawasan Shah Alam dan kawasan Subang Jaya. Buat masa ini tidak terdapat senarai kriteria yang tersedia dalam menentukan lokasi stesen pemindahan. Kriteria-kriteria yang digunakan dalam kajian-kajian yang berkaitan, dari dalam dan luar negeri, telah dirujuk dalam menentukan tapak stesen pemindahan sisa pepejal ini. Penilaian kesesuaian kriteria-kriteria ini dibincangkan dalam kajian ini. Kriteria yang terpilih digunakan untuk menentukan kesesuaian dan keperluan memperolehi tapak stesen pemindahan sisa pepejal. Di dalam kajian ini, terdapat dua jenis kriteria telah diwujudkan iaitu kriteria pengecualian dan kriteria pengkelasan. Kriteria pengecualian digunakan dalam Sistem Maklumat Geografi dengan menggunakan data reruang dan data atribut untuk mencari tapak-tapak yang sesuai, manakala kriteria pengkelasan digunakan untuk mengkelaskan tapak-tapak yang telah diperolehi mengikut kepentingan dengan menggunakan kaedah Proses Hirarki Analitik. Keputusan yang diperolehi dibandingkan dengan kaedah Goal Achievement Matrix yang telah digunakan di Jabatan Alam Sekitar Sabah. Hasil keputusan pemilihan tapak melalui kriteria pengecualian mendapati 5 tapak yang sesuai untuk dijadikan sebagai tapak pemindahan sisa pepejal. Hasil pengkelasan mengikut kepentingan menunjukkan Tapak A memperolehi nilai pemberat 0.305 bersamaan dengan 30%, Tapak B memperolehi nilai pemberat 0.134 bersamaan dengan 13%, Tapak C memperolehi nilai pemberat 0.130 bersamaan dengan 1396, Tapak D memperolehi nilai pemberat 0.194 bersamaan dengan 19% dan Tapak E memperolehi nilai pemberat 0.238 bersamaan dengan 24%. Klasifikasi yang sarna telah diperolehi dari kaedah Goal Achievement Matrix. Kajian ini telah berjaya membuktikan Sistem Maklumat Geografi dan Proses Hirarki Analitik adalah sesuai dan berfaedah, dan memberikan kaedah yang sistematik dalam mendapatkan dan memilih stesen pemindahan sisa pepejal

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Factory and trade waste - Case studies
Chairman Supervisor:Professor Madya Noordin Bin Ahmad, PhD
Call Number:FK 2005 20
Faculty or Institute:Faculty of Engineering
ID Code:6016
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:07 May 2010 02:46
Last Modified:27 May 2013 07:26

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 07 May 2010 02:46.

View statistics for "Mengenal Pasti Tapak Stesyen Pemindahan Sisa Pepejal Dengan Menggunakan Sistem Maklumat Geografi "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.