UPM Institutional Repository

Pembelajaran berasaskan masalah: cabaran pelaksanaannya dalam pengajaran Pendidikan Islam sekolah menengah


Citation

Mohd Fakhruddin, Fathiyah and Suhid, Asmawati (2017) Pembelajaran berasaskan masalah: cabaran pelaksanaannya dalam pengajaran Pendidikan Islam sekolah menengah. International Journal of Education and Training, 3 (2). pp. 1-6. ISSN 2462-2079

Abstract

Pembelajaran berpusatkan murid adalah antara pendekatan pembelajaran yang disarankan dalam pembelajaran abad ke-21. Ia juga merupakan antara tuntutan yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi merangsang pemikiran aras tinggi dalam kalangan murid. Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan salah satu kemahiran murid abad 21 yang banyak diperkata mutakhir ini. Terdapat banyak kaedah pembelajaran yang mendokong pembelajaran berpusatkan murid, antaranya ialah kaedah pembelajaran berasaskan masalah. Walaupun kaedah pembelajaran berasaskan masalah bukan satu kaedah yang baharu dalam dunia pendidikan, namun kaedah ini masih belum dilaksana secara meluas dalam pengajaran di sekolah. Kajian kualitatif yang dijalankan ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah menengah. Temu bual mendalam dijalankan terhadap beberapa orang guru Pendidikan Islam yang memenuhi ciri persampelan bertujuan. Dapatan menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dilaksanakan tetapi tidak bersifat menyeluruh. Peserta kajian hanya melaksanakan pendekatan berkenaan dalam pengajaran bidang Akidah dan Ibadat sahaja. Walau bagaimanapun peserta kajian menyedari bahawa cabaran utama bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan masalah ialah profesionalisme guru iaitu dalam aspek keilmuan tentang pendekatan terkini. Kajian ini mengemukakan cadangan kepada pihak berkaitan untuk memberi pendedahan tentang pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dalam pengajaran Pendidikan Islam bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran bekerjasama dalam kumpulan.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Pembelajaran berasaskan masalah cabaran pelaksanaannya dalam pengajaran Pendidikan Islam sekolah menengah.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Problem-based learning; Islamic education; Learning approaches
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 02 Mar 2018 01:42
Last Modified: 02 Mar 2018 01:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59415
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item