Simple Search:

Kerangka pemikiran kritikal dalam pengajaran guru Pendidikan Islam


Citation

Ahmad Dahari, Aminurrashid and Suhid, Asmawati and Mohd Fakhruddin, Fathiyah (2017) Kerangka pemikiran kritikal dalam pengajaran guru Pendidikan Islam. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2017, 16 Dec. 2017, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 361-371).

Abstract / Synopsis

Pemikiran kritikal atau kritis ialah pemikiran yang penting dan perlu ditekankan dalam Pendidikan Islam. Murid perlu dilatih dan dididik untuk berfikir secara kritikal bagi memastikan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti tujuh langkah yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran untuk memastikan pendidik boleh melaksanakannya secara berkesan. Proses pembinaan kerangka pemikiran kritikal ini dibina atas teori dan praktik dalam perkembangan kognitif, persekitaran pembelajaran yang berkesan, dan penilaian berasaskan hasil, memberikan guru-guru dengan rangka kerja yang praktikal. Rangka kerja ini boleh digunakan untuk murid menguasai kompetensi ke arah persekitaran pembelajaran yang lebih aktif dan berkesan untuk guru dan murid. Diskusi pengkajian ini merumuskan bahawa pengajaran yang mengaplikasi pemikiran kritikal mampu mencerakinkan beberapa ciri-ciri pengajaran yang telus dan bermakna. Impak pengajaran ini akan menampakkan beberapa asas kemahiran guru seperti kemahiran konseptual, inkuiri dan sebagainya yang mampu mewujudkan kecenderungan dan keupayaan guru yang menjadi asas konsisten dalam pembangunan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pedagogi abad ke 21.


Download File

[img] PDF
35-45.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (355kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Teaching; Critical thinking; Islamic education
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Feb 2018 16:10
Last Modified: 06 Feb 2018 16:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58817
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item