Keyword Search:

Pemikiran Dalam Cerpen Uthaya Sankar Sb dari Aspek Interteksualiti

Seetha Raman, Raja Rajeshwari (2005) Pemikiran Dalam Cerpen Uthaya Sankar Sb dari Aspek Interteksualiti. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
625Kb

Abstract

Uthaya Sankar SB merupakan penulis generasi baru yang gemar menghasilkan cerpen-cerpen yang bercorak eksperimental. Cerpencerpen penulis generasi baru sering dikatakan sukar difahami, abstrak serta memerlukan daya taakulan yang kritis.Justeru, 66 buah cerpen Uthaya Sankar SB daripada Kumpulan cerpen Orang Dimensi, Sim Kambam, Surat dari Madras, Sasterawan Pulau Cinta serta cerpen-cerpen eceran yang tersiar dalam media cetak perdana sehingga tahun 2000 dikaji untuk menentukan corak pemikiran, teknik penceritaan yang dominan serta pengaruh intertekstualiti yang ketara dalam cerpen-cerpen tersebut. Melalui penerapan teori intertekstualiti dapat diketahui bagaimana proses intertekstualiti mempengaruhi penciptaan sesebuah cerpen, prinsip-prinsip yang dominan serta pengaruh unsur-unsur luaran dalam menentukan corak pemikiran serta teknik penceritaan yang pelbagai dalam karya. Hasil analisis juga mernbuktikan bahawa karya adalah cerrninan diri pengarang kerana unsur-unsur luaran dalam teori intertekstualiti seperti unsur tradisi, sosial, budaya, sejarah, falsafah, pembacaan, pengalaman dan ideologi tetap berdialog dengan unsur-unsur dalarn diri pengarang ketika proses penciptaan. Cerpen-cerpen Uthaya Sankar SB yang sating melengkapi bagai jaringan web dapat difahami melalui penerapan teori intertekstualiti.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Short stories, Tamil - Intertexuality
Chairman Supervisor:Samsina Abd. Rahman, PhD
Call Number:FBMK 2005 18
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:5879
Deposited By: Nur Izzati Mohd Zaki
Deposited On:05 May 2010 07:35
Last Modified:27 May 2013 07:25

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 05 May 2010 07:35.

View statistics for "Pemikiran Dalam Cerpen Uthaya Sankar Sb dari Aspek Interteksualiti "