Citation
Seetha Raman, Raja Rajeshwari
(2005)
Pemikiran dalam Cerpen Uthaya Sankar SB dari Aspek Interteksualiti.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Uthaya Sankar SB merupakan penulis generasi baru yang gemar
menghasilkan cerpen-cerpen yang bercorak eksperimental. Cerpencerpen
penulis generasi baru sering dikatakan sukar difahami, abstrak
serta memerlukan daya taakulan yang kritis.Justeru, 66 buah cerpen
Uthaya Sankar SB daripada Kumpulan cerpen Orang Dimensi, Sim
Kambam, Surat dari Madras, Sasterawan Pulau Cinta serta cerpen-cerpen
eceran yang tersiar dalam media cetak perdana sehingga tahun 2000 dikaji
untuk menentukan corak pemikiran, teknik penceritaan yang dominan serta
pengaruh intertekstualiti yang ketara dalam cerpen-cerpen tersebut.
Melalui penerapan teori intertekstualiti dapat diketahui bagaimana proses
intertekstualiti mempengaruhi penciptaan sesebuah cerpen, prinsip-prinsip
yang dominan serta pengaruh unsur-unsur luaran dalam menentukan
corak pemikiran serta teknik penceritaan yang pelbagai dalam karya. Hasil
analisis juga mernbuktikan bahawa karya adalah cerrninan diri pengarang
kerana unsur-unsur luaran dalam teori intertekstualiti seperti unsur tradisi,
sosial, budaya, sejarah, falsafah, pembacaan, pengalaman dan ideologi
tetap berdialog dengan unsur-unsur dalarn diri pengarang ketika proses
penciptaan. Cerpen-cerpen Uthaya Sankar SB yang sating melengkapi
bagai jaringan web dapat difahami melalui penerapan teori intertekstualiti.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |