Siron, Hazim (2005) Penggunaa Multimedia Dalam Perkamusan di Sekolah Menengah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1685Kb |
Abstract
Kajian ini menghuraikan peranan multimedia dalam perkamusan dari sudut makna dan keberkesanan penggunaan kamus berbentuk multimedia dalam pemahaman makna entri kamus yang dipilih. Untuk itu, perisian Kamus Multimedia dibina dengan menggunakan Microsoft Power Point. Kamus Multimedia ini menghuraikan makna entri-entri yang dipilih dengan menggunakan prinsip-prinsip multimedia. Entri-entri dan subentri yang diambil daripada Kamus Dewan edisi 1998, ialah sebanyak 1 17 entri yang dibahagikan kepada kata nama, kata istilah, kata adjektif dan kata kerja. Hasil soal selidik daripada respondan dianalisis, dan dikaitkan dengan teori-teori pembelajaran iaitu Teori Behaviourisme, Teori Fahaman Binaan (Teori Konstruktif), Teori Pemrosesan Maklumat, Teori Neurosains, Teori Kecerdasan Pelbagai., dan Teori Kontekstual. H a d kajian mendapati, dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi yang menerapkan elemen-elemen multimedia seperti video, audio, animasi, grafik, dan teks, kefahaman terhadap entri kamus yang dipilih terutama yang berbentuk abstrak seperti mimik muka, dapat lebih jelas lagi. Penggunaan elemen multimedia, hiperteks,dan boleh terus melayari internet menyebabkan perisian Kamus Multimedia yang dibina ini menjadi lebih menarik dan sesuai dijadikan bahan untuk pembelajaran terutama dalam penggunaan kamus.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Electronic dictionaries |
| Chairman Supervisor: | Professor Madya Noor Aina Dani, PhD |
| Call Number: | FBMK 2005 17 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Modern Language and Communication |
| ID Code: | 5877 |
| Deposited By: | Nur Izzati Mohd Zaki |
| Deposited On: | 05 May 2010 15:57 |
| Last Modified: | 12 Sep 2011 16:44 |
Repository Staff Only: item control page